BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome

Friday, November 18, 2011

20 tanda jika anda Admirer kat seseorang itu!




1. Kita akan selalu ingat dia walau apa pon yang kita lakukan walaupon dia tak pernah ingat kita.

2. Hari-hari misti tatap wajah dia tak kira la secara live ke, dalam FaceboOk ke ataU di mana-mana la yang terdapat wajah dia walaupon dia tak tahU bahawa ada orang lihat muka dia.

3. Setiap kali kita Online FaceboOk dan Twiter pasti akan lihat wall dia dan tengok semua status dan apa yang di coretkan dia pada setiap hari tanpa jemU.

4. Kita juga akan mengetahui segala perkembangan dirinya. Apa yang di lakukanya dan di mana dia berada. Biasanya kita akan usha2 laman sosialnya dan LIKE semua yang ada.

5. Hari-hari pergi kerja kita pasti akan menunggu dia di pintu masuk sebab pagi-pagi misti nak lihat muka dia dulu. Kalau dia lambat sanggup tunggu di car park.

6. Kalau terserempak dengan dia, jantung kita tiba-tiba berdegup kencang, nafas semakin kuat, mata tak berkelip tengok dan hati pasti cair luntur la kat situ gak dan kedu untuk berkata.

7. Kalau nampak dia dari jauh pasti nak pergi tegur dan nak buat-buat terserempak dan jalan berselisih sebelah dia. dan jika mood kita tak baik kalau lihat muka dia terus mood kita kembali ceria.

8. Kita pasti akan beri dia senyuman kalau dia pandang kita dan berbalas la senyuman.

9. Nak tegur takot hanya senyum jek la di beri setiap kali jumpa.

10. Dalam hati kita pasti berbuak-buak nak ajak dia lepak chill, kuar, jalan-jalan sama-sama. Tapi sebab malu semuanya terbatas. Tapi kalau dapat peluang tak akan lepaskan!

11. Kita akan bertanya pada orang sekeliling yang mengenali dirinya tentang latar belakang dirinya.

12. Paling penting kita akan mencari dan mengenal pasti status diri dia dan dia. Single atau apa.

13. Kalau boleh semua perkara A-Z kita nak tahu dan ingat sampai la betol-betol kita dapat apa yang kita mahukan.

14. Kadang-kala kita salu bermimpi akan dirinya bersama kita berdua. Indahnya.

15. Kita juga akan selalu berangan tentang dia.

16. Kita juga kadang-kala macam menjadi seperti orang gila. Semuanya kerana dia. Ooh manisnya.

17. Kite akan cuba berkenalan dengan rakan-rakan rapatnya. Motifnya untuk mudah untuk kita untuk rapat megenali dirinya sepenuhnya.

18. Selalu buat-buat lalu depan tempat dia kerja dan mata akan memandang ke dalam meja kerja dia. Walaupon dia tak tahu yang kita sedang melihat dia.

19. Kalau terserempak dia dan rakan lain, kelihatan mesra. Kita misti akan cemburu dan kita terus berfikiran positive. mungkin itu adik dia atau kazen dia. Cover line.

20. Kita selalu berharap suatu hari yang kita akan dapat dirinya! Ooh...


-Oren Soda-


Tuesday, November 1, 2011

Cerita perjalanan hidupku... -Oren Soda


EPISOD 2: Kenali aku.. Sebuah episod kehidupan suka dan duka..



Zaman persekolahan rendah.. Itulah pengalaman yang semua orang ada dan rasakan. Tentu sekali banyak cerita yang terkandung dalam diari kehidupan zaman persekolahan peringkat rendah kan. 7 tahun adalah di tahun satu dan merupakan murid paling junior dalam sekolah. Sekolah Kebangsaan Dato Haji Baginda adalah tempat di mana aku berlajar erti ilmu, kawan, berguna dan mengerti sebuah kehidupan. 1 Musytari adalah kelas pertama yang aku jejaki ketika masuk ke sekolah itu. 1 Musytari merupakan kelas pertama daripada 3 kelas tahun satu yang ada ketika itu. Kelas yang di beri nama sempenan nama-nama planet di semestar mengikut urutan saiz. kelas pertama Musytrai, kedua marikh dan pluto kelas terakhir. Semua orang suka dan mahu masuk kelas Musyrtari nie sebab kelas Musytari nie adalah kelas yang paling cantik dan semua muridnya adalah pandai-pandai. Tak sangka pulak aku tergolong daripada golongan yang baik.

Memulakan sebuah kehidupan di sekolah yang jaraknya 3 km daripada rumah ku. Berulang alik ke sekolah menaiki Van yang di sewa khas setiap bulan dengan ketika itu kadar bayaranya hanyalah RM 10/20 sebulan. Setiap pagi dan waktu pulang. Aku melanjutkan pelajaran di tahaun 1 hingga 6 di sekolah yang sama. Kelas yang paling di minati aku adalah kelas Pendidikan Seni. Aku di usia kecil suka sangat melukis dan tak heran la aku di gelar murid paling pandai melukis. Sehinggakan dalam kelas Pendidikan Seni aku di jadikan contoh dan di minta oleh cikgu untuk mengajar rakan-rakan yang lain. Aku seperti di sukai oleh semua orang kerana bakat semula jadi aku. Setiap minggu pasti lukisan aku akan tergantung di papan kenyataan belakang kelas. Dan setiap minggu jugala akan berubah-ubah lukisanya mengikut tema apa yang di berikan oelh cikgu. Oleh kerana minat aku terhadapat seni yang mendalam nie banayk juga la pertandingan lukisan yang aku sertai di peringkat sekolah dulu.

Bakat aku tak hanya di usia kecil malah sehingga aku di tahun 4 dan 5. Kalau dan minat kita sanggup buat apa sahaja segalanya. Tahun 1 hingga 3 aku hanyalah murid biasa sehinggalah aku di tahun 4 dan 5 aku di lantik sebagai penolong perpustakawan di sekolah aku. Bukan senang mahu memikul tanggungjawab ini tapi aku terima secara positive. Dahulu semua orang mahu menjadi pengawas sekolah dan perpustakawan. Dan akhirnya aku di pilih oleh cikgu atas sikap baik aku yang sering menjadi perhatian cikgu. bersyukur kerana menjadi seperti apa yang aku jadi dahulu. Tahun 4 dan 5 aku adalah seperti biasa sama seperti semua orang sahaja. jalani UPSR dengan kejayaan yang boleh di anggap OK oleh aku.

Selepas tamat sekolah rendah aku bersekolah di sekolah menengah berhampiran juga dengan rumah aku.. Selama 5 tahun juga aku di sana gigih menuntut ilmu. Ketika inilah bermulanya sebuah cerita....


**...bersambung
Selasa, 02 November 2011 11:20 PM Oren Soda :)


Monday, October 31, 2011

Cerita perjalanan hidupku... -Oren Soda


Episod 1: Kenali aku.. Sebuah episod kehidupan suka dan duka..



MARCH 13, 1990
Hospital Besar Melaka lahirlah seorang insan ke muka bumi Allah swt yang indah ini di dunia persinggahan sementara. Hasil perkahwinan seorang bapa yang di anggap banyak berkorban demi keluarganya dan seorang ibu yang di panggil Emak selama 21 tahun membesarkan dan mendidik ku.. Maka sempurnalah hidup sepasangan pasangan dengan kehadiran seorang cahaya mata sulung yang di nantikan hasil perkahwinan kedua ayah ku. Dan dengan kuasa dan kehendak Tuhan yang maha Esa Allah swt lahirlah insan yang di kenali sebagai Oren.
Kehadiran Oren dalam keluarga menjadi kebahagian Ayah dan Emak bertambah erat.

Di manja dan di beri apa sahaja untuk ku kerana ketika itu aku keseorangan dan tidak mempunyai adik beradik yang lain. Segala macam di berikan kepada ku.. Segalanya aku sudah dan dapat merasa. Di manja dan di belai dengan kasih sayang. Pendidikan menjadi pegangan yang kuat bagi Ayah dan Emak. Seawal 5 tahun aku telah di masukan di Tadika. menuntut ilmu pengetahuan berasaskan agama di Tadika Pasti tidak jauh daripada rumah ku. 5 tahun adalah umur yang sangat muda dan mentah untuk berdikari dan bersekolah ketika itu tambahan pula aku seorang yang manja kerana hanya aku seorang sahaja dalam keluarga aku ketika itu.
Pelajari ilmu agama yang sangat mendalam selama 2 tahun. Ketika berumur 5 dan 6 tahun aku di didik dengan pelbagai ilmu yang melebihkan kepada ilmu agama. Ketika itu bermacam yang aku sudah hafal dan ingat dalam ingatan aku nie. Aku masih ingat lagi.. nama-nama Allah swt adalah perkara yang wajib di nyayikan setika mahu memulakan kelas dan ketika mahu menamatkan kelas.

Waktu rehat adalah waktu yang selalu aku nantikan. Kalau di dalam kelas aku pasti akan mencuri lihat makanan apakah yang akan kami semua dapat. Ketika itu aku paling suka makan mee goreng. Satu dulang besar di letakan makanan di dalamnya dan di kongsi dengan 5 atau 6 orang sekali dan makanan itu hanya di letakan di dalam dulang besar. pada mulanya aku terasa geli bila ada ketikanya semasa makan terdapat rakan yang termuntah dan pengotor. Tapi apalah yang aku tahu ketika itu. masih mentah dan tak tahu apa itu semua.
Makan beramai-ramai adalah saat yang paling aku nantikan. Terpancar sedikit suka duka kesusahan aku semasa itu. Ayah bekerja mencari rezeki dan di tambah dengan Emak pon bekerja mencari sesuap nasi untuk kami bertiga ketika itu. Setiap petang aku pasti menunggu Emak pulang daripada kerjanya.

Dengan menaiki Van pekerja berwarna biru aku sabar menunggu di hadapan rumah di temani dengan pelbagai mainan kecil dan macam-macam kemewahan mainan ketika itu. Boleh di katanya satu bakul mainan aku ketika itu. Sebelum beberapa jam sebelum Emak mahu pulang ke rumah, Ayah akan menelefon Emak dan aku pasti akan bercakap dengan Emak. Dan tidak pernah pesanan yang aku tidak akan lupa untuk memberi tahu pada Emak adalah menyuruh Emak beli gula-gula dan bawa pulang pada ku. Ketika itu aku sangat suka gula-gula. Gula-gula yang aku paling suka dan selalu Emak bawa pulang adalah Sugus! Aku masih ingat lagi di kotak permikiran aku nie. Masih segar semuanya. Emak kelihatan di tepi jalan dengan baju kerjanya dan menurun Van dengan berhati-hati.. Aku berlari dan menjerik 'Emak dan balik' sambil meminta gula-gula daripada Emak.

Jika tak ada aku akan merajuk dan menagis.
Emak tanpa penat lelah melayan kerenah aku semasa kecil itu. Sabar untuk melayan aku tanpa jemu. Kehidupan kami semasa itu hanyalah sederhana dan cukup untuk menampung sekeluarga sahaja. Tapi tetap bersyukur dengan apa yang telah di kurniakan oleh Allah swt. Zaman kecil aku hanyalah di temani dengan saudara aku yang paling aku rapat dan kami sentiasa bermain bersama-sama. Zaman kecil aku boleh di katakan nakal sekali. Salah satu kenangan aku bersama saudara aku adalah ketika kami ke Jetty dan menangkap berudu di parit dan membawa pulang berudu itu. Setiap petang aku akan pergi dan bermain di situ. Tak cukup dengan itu pergi di pinggir laut paya bakar menangkap ketam kecil dan bawa pulang membelanya. Sangat ke laut untuk mengambil air laut masin untuk di tukar kan dengan air takungan ketam itu. Belangkas pon menjadi salah satu buruang aku masa itu. Masuk usia 7 tahaun dan bermulalah zaman persekolah rendah aku.....




**....bersambung


Isnin,01 November 2011 12:49 Oren Soda :)


Wednesday, October 19, 2011

OCTOBER Top Friends

SEPTEMBER's Top Friends

OKTOBER tiba pula. Siapakah yang bakal mengisi ruang-ruang di dalam blog OS nie. Bulan ini temanya adalah Biru!. hehe.. Kali ini OS nak share la sama korang sume member2 OS yang OS salu Chat, Lepak, atau apa2 sahaja bersama mereka. Setiap bulan OS akan update. Jadi siapakah yang akan mengisi ruang2 di Blog OS nie. Dan ini adalah nama pangilan yang OS pangil mereka semua.. Jom kite lihat siapa mereka :)



>Myrul! Budak nakal!<



>Afkar! Tah bape kali tah muka dia jek kat blog nie! Apa-apa pon dia la salu keep in touch sama Oren! :) <



>Efie! Salu tegur Oren di Facebook dan salu borak2 sama dia!<



>Siwon! Kawan yang baik<



>Amie! Salu kacau dia! hehe<



>John! Layan jek apa dia meroyan! hehe :) <

SEMUA adalah terbaik bagi OS.. SEMUA adalah teman OS.. SEMUA adalah OS sayang.. SEMUA teman-teman OS suka berkawan..
"Good Friend Are Forever"
Oren Soda C:


-OrenSodaOfficial2011-




Tuesday, October 11, 2011

Akan datang TOP friends bulan October!



NANTIKAN
" OCTOBER's TOP FRIENDs "
OREN SODA DI BLOG OS INI!


Wajah siapakah yang bakal mengisi ruang di Blog OS ini? Akan datang! :)


-Oren Soda Official 2011-


Wednesday, September 28, 2011

Hidup Seperti Buih!



Buih-buih..
Buih terbang-terbang..
Cantik!
Tapi bila buih jatuh..

Cantik hilang!


Tiup lagi buih-buih..
Dan sekali lagi buih-buih hilang..


Buih-buih..
Angin bawa kamu pergi dan terus pergi..

Tiup lagi buih-biuh..
Buih hilang lagi!


.................

...........................................
..............................


Sama seperti lumrah kehidupan..
Bila kita berada di atas..
Masa gembira semuanya indah, cantik..

Seperti cantiknya buih-buih tadi!


Dan bila kita jatuh..
Kecantikan itu akan berlalu jua..


Hidup ini ada pasang surutnya..
Yang cantik bisa jadi comot..
Yang indah bisa jadi gundah..
Yang sempurna bisa jadi layu..
Yang suka bisa jadi luka..


Kena sentiasa beringat..
Siapa diri kite di muka bumi ini..
Syukuri nikmat Allah swt beri..
Jangan lupa dan bongkak..
Kelak Allah swt tarik semua nikmat itu..




Dan hidup seperti buih..




-OrenSodaOfficial-





Thursday, September 15, 2011

Kenangan itu indah!


BILA Oren berbicara tentang kenangan cinta lalu..


Hi semua. Entry kali nie OS nak citer la sikit tentang kisah cinta OS dahulu. Rasanya macam agak menarik perhatian sikit la topic nie. Sebab OS tak pernah untuk bercerita tentang hal-hal cinta OS pada sesiapa atau menulisnya di mana-mana sahaja. Ok entry kali nie OS akan cerita sedikit la tentang pahit manis cerita cinta OS dahulu. Bak kata orang juga kenangan itu memang indah untuk di ingati.. dan bila di ingat selalu mungkin akan terasa sakit sedikit di hati ini.

Cinta pertama OS adalah pada seorang yang berasal dari Kelantan dan dia menetap di Johor atas urusan kerja. Saat pertama berkenalan dan berpandang mata adalah di KL. Bersentuh bersalaman denganya dan tanpa sebarang kata-kata. Maklumlah baru kenal dan pertama kali jumpa. Masing-masing dia. Dan selepas itu OS nie pon dengan rasa yang sesuatu ketika itu carilah dia di laman sosial Myspace. Dan jumpa la serta kami berkawan. Lama juga berkawan dan berkenalan di Myspace itu. Dan sampai la ke satu tahap untuk ke satu peringgkat hubungan itu. Dan OS secara rasminya menjadi pasangan dia sebagai pasangan kekasih. Lama juga kami menjalin hubungan dan banyak sangat kenagan bersama dengan dia. Kenangan paling banyak adalah di JB! Sangat best JB!


Cinta kedua OS adalah ketika OS sedang berlajar di semester akhir ketika itu. Wow! paling indah pernah di rasakan OS la cinta kedua nie. Terlalu banyak kenangan untuk cinta kedua nie dan dialah insan yang paling OS sayang sekali yang pernah OS sayang selain daripada yang wajib di sayang la! Tapi itulah apalah daya kita nie nak melawan apa yang telah di tetap kn! Perkenalan yang singkat mungkin menjadi faktor OS tak cukup kenal untuk betol-betol kenali dirinya. Banyak pengorbanan yang telah OS bari. Tapi semuanya hanyalah sekadar tidak di hargai. OS sangat penyabar dalam bercinta ini sampailah ke satu tahap yang buat salah tapi OS yang memohon ampon maaf. OS memang bodoh dalam bab bercinta ini. Tapi OS cuba untuk menjadi seorang yang sempurna.

Memori bercinta ini memang la semua orang ada. Dan mungkin ada juga orang yang tak pernah bercinta. Dan hanya tahu apa itu cinta tapi tahu ke rasanya bercinta nie? Bagi OS cukupla puas dengan semua cinta-cinta yang tak kemana nie. Masanya untuk OS kejar cita-cita OS menjadi seorang yang berjaya. Kelak sudah berjaya dan membuka mata semua orang barulah semua pandang kita dan masa itulah OS tahu di mana ertinya seorang kawan dan mananya lawan. 21 tahun sudah OS hidup di dunia ini. Macam-macam pengalaman telah OS dapat dan lalui. Susah senang sedih gembira dan macam-macam lagi rasa dan perasaan ini la. Dan hanya mampu mengucapkan rasa kesyukuran kepada yang maha Esa!

Rasanya cinta dalan diri OS sangat tidak perlu dan haruslah di lupuskan perkataan cinta dalam otak OS nie. Kalau boleh delete OS nak padam terus. Tak mahu bermain dengan cinta lagi. Ubah cikit kata-kata nie.. Kalau tak pandai berenang jangan buat rumah tengah2 laut! haha! Harap faham la. Dan masa sekarang OS haraplah tak ada sesiapa yang mengharapkan apa-apa daripada OS. OS tak mahu mengharapkan apa-apa dan tak mahu memberi harapan apa-apa. Cukuplah sekadar rakan, kawan, teman, BFF dan segala macam yang boleh selain daripada perkataan cinta itu. Sangat penat untuk OS lalui semua itu. Ini ayat orang frust cinta ke apa nie OS oi? Haha.. Apa-apa sahajala OS.

Bila melihat orang lain bercouple, ada pasangan memang tersentuh juga hati kita nie Siapa yang tak terasa memang tak ada perasaan la agaknya. Tapi apalah daya kita! OS tak heran semua itu. Janji OS tak kacau hidup orang lain sudah dan OS bersyukur mendapat dan mempunyai kawan-kawan yang sangat best. Hari-hari pasti akan buat OS tergelak sorang2. Seronok bila berkawan dengan mereka semua. Biarlaah berkawan di laman sosial Facebook dan lain-lain tu. Tapi OS sudah rasa keiklasan semua orang. Terima kasih OS ucapkan pada semua. Dan kepada yang OS marah, terkecil hati itu, OS xpernah simpan apa-apa. Dan kita tetap kawan. OK laa.. Cinta nie pon citer banyak2 xd faedah la.. Ok guys tetap senyum ok dan terima kasih bace entry kali ini. Bye2 :)

Tuesday, September 13, 2011

Maaf?


Apa yang harus anda lakukan kalau anda buat salah pada Oren Soda?



Manusia nie semuanya sama sahaja. Yang membezakanya adalah keimanan dan ketakwaanya sahaja. Jadi tidak la sekejam mana OS untuk tidak memaafkan semua orang yang melakukan salah pada OS. OS maafkan.. Nabi pon maafkan umatnya.. OS lagila hanya manusia biasa yang banyak kekurangan dan kelemahanya. Jadi tidak salah untuk OS memaafkan orang lain dan berbaik sesama sendiri. Perkara yang OS pantang sekali adalah bila kemaafan itu hanya sekadar ABC dalam erti kata lain tiada erti dan makna. Apa guna maaf kalau beribu kali dan melakukan kesalahan yang sama. OK apa yang perlu anda lakukan jika berbuat salah dan ingin memohon maaf daripada OS serta membuat hati OS lembut untuk menerima aaf itu:


1. Lafazkan maaf dengan kata-kata dan bukanya secara perkataan.

2. Melafazkan maaf dengan bersungguh-sungguh dan berjanji tidak akan ulangi kesilapan lalu.

3. Cuba cari masa yang sesuai untuk meminta maaf. Keadaan mood OS yangstabil.

4. Tunggu esok atau lusa jika OS masih lagi berdegil untuk berkata apa-apa.

5. Kata dengan serendah-rendah diri dan penuh keinsafan memohon maaf.

6. Gunakan kata-kata yang baik dan sesuatu yang membuatkan OS tersenyum bila mendengar.

7. Bagi sesuatu kat OS yang membuatkan OS tersenyum bila melihatnya.

8. Jangan pernah memaksa OS untuk membuat sesuatu dan memaksa untuk memaafkan.

9. Bagi OS ruang waktu untuk OS fikir dan tenangkan fikiran.

10. Jangan bagi OS tekanan yang lagi boleh menambahkan kekusutan di kepala otak.

11. Dan kena selalu ingat peluang untuk OS pada orang lain hanyalah sekali.

12. Maaf pertama mungkin OS akan senyum menerimanya.. dan maaf seterusnya mungkin akan membuat anda yang melakukan salah tersenyum untuk meminta maaf lagi kerana mungkin maaf itu sebagai satu jenaka.

13. Bersungguh-sungguh tidak akan melakukan kesalahan lalu.

14. Cuba untuk bertanya orang sekeliling dahulu sebelum menegur OS.

15. Lihat dan faham status terkini OS di FB yang mana mungkin itu adalah untuk anda atau pon rasa, perasaan atau mood OS ketika itu.

16. Tidak terlalu mendesar OS untuk melakukan sesuatu.

17. Cuba bawa OS jalan-jalan tengok wayang atau makan Mcd! Dalam erti kata lain cuba buat dan beri sesuatu yang OS suka.

18. Kesungguhan dalam untuk meminta maaf itu yang OS akan pandang dahulu.

19. Fahami erti dan nilai MAAF itu dahulu sebelum melafazkan.

20. Menjaga hati OS apabila maaf di terima.




Thursday, September 8, 2011

SEPTEMBER Top Friends


SEPTEMBER's Top Friend
s

SEPTEMBER tiba pula. Siapakah yang bakal mengisi ruang-ruang di dalam blog OS nie. Bulan ini temanya adalah Merah!. hehe.. Kali ini OS nak share la sama korang sume member2 OS yang OS salu Chat, Lepak, atau apa2 sahaja bersama mereka. Setiap bulan OS akan update. Jadi siapakah yang akan mengisi ruang2 di Blog OS nie. Dan ini adalah nama pangilan yang OS pangil mereka semua..

Jom kite lihat siapa mereka :)



>nie Adam! Dia baik :)<



>nie Syazlan! Suka kongsi blOg sama dia<



>nie Shwan! Mytwin! Geng beruang<



>Nie abg Es! Abang tiri Oren<



>nie Wanzu! Suka ngimOl2 sama dia!<



>nie Azree! Dia suka menari!<



>nie Chika! Dia baik<

SEMUA adalah terbaik bagi OS.. SEMUA adalah teman OS.. SEMUA adalah OS sayang.. SEMUA teman-teman OS suka berkawan..
"Good Friend Are Forever"
Oren Soda C:





Thursday, August 25, 2011

SAYA perlukan ketenangan!!


KETENANGAN!



HELLO guys! Terlebih dahulu OS mahu mintak maaf banyak-banyak atas apa yang OS telah lakukan apa sahaja. OS tensiOn! OS perlukan ketenangan! Ya Allah! Tah la apa yang OS fikirkan nie. Ada sahaja masalah yang datang menimpa OS. Dengan itu OS Deaxtive AC FB Oren Soda OS! OS nak lupakan semua sementara dan berehat sebentar.

Sangat-sangat susah bila mahU menjaga semua hati semua pihak dan melayan semua orang. OS sangat-sangat penat dan fedup dengan semua ini. Ye FB itu macam-macam ada. Fb jugalah yang buat macam-macam pada OS. OS mengenali duni OS sekarang ini melalui FB! OS berehat sebentar dari FB seperti dahulu semula. Bila sampai waktunya OS akan buka semua FB OS!

Ada kawan-kawan tapi semuanya buat masalah dan bukanya mahu membantu. Hanya sesetengah sahaja yang memahami dan sebenarnya kawan. OS tak kisah, OS tak ambik hati pon tapi bila semua orang mahu sentap dan marah-marah OS apakah itu? OS tension dan OS tak boleh terima tekanan yang melampau.

OS sedar siapa diri OS. Hanya manusia yang kecil sahaja di sisi Allah swt. OS nie tidaklah seelok mana dan sebaik mana yang anda sangka. OS hanyalah biasa sahaja. OS bukan juga sempurna seperti malaikat. Semua orang mahu yang terbaik. Tapi untuk dapat yang terbaik itu sangat susah dan bila mahu menjaga hati semua pihak hati kita yang terpaksa di tolak tepi.

Raya makin hampir. Masa-masa macam niela pulak teringat semua kenangan bersama dengan si dia dahulu. Berasa bersama-sama berdua. Jalan-jalan semua. Ya Allah indahnya ketika itu. Alangkah bestnya kalau ia adalah berkekalan sahingga hari ini. Ye OS terima takdir. Harap dia bergembira dengan insan tersayang dia sekarang.

Tahun ini OS beraya di Melaka sahaja. Dengan kedudukan ekOnomi keluarga yang tidak stabil tak dapatlah beraya di Kedah. Jauh sangat-sangat kampung OS di sana tu. Tapi satu perjalanan yang best sangat-sangat. Rindu kat semua di sana. Teringat juga suasana ketika kecil dan membesar di sana la tempat OS bermain.

21 Tahun sudah OS. Kadang-kadang terduduk seorang diri memikirkan nasib dan ini lah namanya kehidupan OS. Banyak sangat dugaan dan cabaran yang OS dapat. Sangat-sangat mencabar. Itulah kehidupan OK! OS sangat sayang pada keluarga OS dan juga kawan-kawan OS. OS sayang ayah, emak adik-adik OS. OS mahu semuanya berjaya dan senang dalam hidup ni. OS sayang kawan-kawan OS. Sebab mereka selalu teman OS dalam FB dan di mana-mana juga!

Ketika menulis entry nie. Di temani lagu raya kedengaran di eyefOn telinga dan suasana yang sangat sejUk kerana hujan sedang turun membasahi bumi Melaka ini dan di temani segelas air stabery sejuk menambah sejuk lagi OS. Dan ketika inilah air mata OS mengalir dengan sendirinya ketika meluahkan apa yang OS rasakan ini. OK guys OS mintak ampon maaf kepada semua apa juga kesalahan OS. Jaga diri semua. Aslm.

- Oren Soda -




Friday, August 19, 2011

Perasaan OS Ogos


peRASAan OREN Soda!



HELLO semua teman-teman OS! Apa kabar korang semua? Harap semuanya adalah sihat-sihat belaka. Alhamdulillah 20 Ramadhan sudah kita berpuasa hari ni. Pagi ini OS rasa seperti mahu menulis sesuatu apa yang OS rasa sekarang. Biaslah entry 'Rasa Oren Soda' akan berada pada setiap bulan. Jika bulan lepas OS bercerita mengenai hari bermakna dalam hidup OS iaitu Hari Konvo OS. Selesai sudah semua dan itulah hasilnya selama 3 tahun menuntut ilmu. Bersyukur sangat-sangat. Ok OS mahu berkongsi sedikit apa yang OS rasa sekarang.

Julai dan Ogos sangat-sangat mencabar juga bagi OS setelah tamat pengajiaan dan bermulalah sebuah kehidupan selepas pengajian dan berbeza semuanya aktiviti OS selepas itu. Jika dahulu hidup di kelilingi oleh tugasan, kawan-kawan, lec, kolej dan kehidupan seorang pelajar bergelar mahasiswa di kolej. Ye sememangnya seronok di alam berlajar. OS sekarang terasa rindu sangat-sangat nak berlajar semula. Tapi sekarang adalah masa OS untuk berada di alam pekerjaan pula. Insyallah ada rezeki OS akan kerja dengan sungguh-sungguh.

Perasaan OS sekarang tak tahu la nak kata. Macam-macam OS rasa dan alami sekarang. Sedih, gembira, kecewa, dan macam-macam la. Indah sungguh ciptaan dan kesempurnaan yang Allah swt bari kepada kita semua. Satu perasaan yang berbagai-bagai kita dapat alami dan rasainya. Lainlah kalau orang yang tidak berperasaan juga sebenarnya mempunyai perasaan iaitu orang yang tidak berperasaan. Tapi kalau jadi orang yang sebegitu untunglah sebab tak perlu nak fikir tentang cinta? Hahaha nak sangat jadi orang yang tak ada perasaan. Tapi perasaan nak makan itu kena adalah! huhu..

Puasa? Haa.. macam mana puasa korang semua. OS agak pelik sedikit. Ramai yang dok bertanye kat OS di Facebook. OS tahu itu gurauan. Bertanya pada OS berpuasa tak hari ni. Dan satu sahaja jawapan dan jawapan yang sama OS akan jawab: "Puasa Wajib" itu sahaja. Puasa yang sangat-sangat menguji kesabaran semua manusia di muka bumi Allah swt ini. Semoga semua mendapat keberkataan dariNya. Terawih jangan lupa lakukan Ok semua. Hanya habiskan masa berterawih selama lebih kurang 1 jam 30 minit sahaja di rumah Allah swt. Setahun sekali sahaja. 1 jam 30 minit jika di kira setiap malam berapa jam dan minit yang telah kita habiskan masa di rumah Allah swr masjid itu. Daripada kita berONline Facebook 24 jam. Fikir dan renungkan ok OS berkata bukanlah OS sempurna tetapi sebagai tanggungjawab sesama Islam. Manusia semuanya sama sahaja yang membezakanya adalah keimanan dan ketakwaan.

Nak raya ni macam-macam yang OS fikirkan. Ye mungkin apa yang korang lihat OS dalam Facebook ceria jek. Kadang-kadang ada juga masanya sedih dan tak ada mood. OS fikir macam-macam yang OS tak tahulah apakah itu? Raya nie pas OS teringat semua orang-orang yang telah pergi meninggalkan kita semua. Tahun ini ada kenalan rapat OS yang telah pergi berjumpa pencipta yang sangat maha berkuasa. Sepupu OS telah pergi meninggalkan kami semua bersedara akibat kemalangan yang sangat teruk untuk di ingati dan seorang rakan baik OS sendiri Allayrham Firdaus Md Isa. Al-fatihah. OS sayang semua mereka ni. Dan bila seseorang itu sudah pergi barulah kita nie nak ingt kembali semua memory bersama. OS rindukan kawan OS tu Firdaus. Selalu bergurau-gurau sama dia. BerFacebook, lepak jalan-jalan, tengok wayang bersama, makan mcd, windo shoping, lepak KL dan macam-macaam kenangan bersamanya. :'(

Amat berat fikiran OS untuk memikirkan cinta dalam hidup ni. Maaf OS sudah selesa dalam keadaan begini dengan bersama dengan kawan-kawan semua bersama OS. Semalam OS tergerak hati nak lihat apalah kabar ExLover OS yang berkenangan bersama denganya setahun lalu genap bulan 7 2010 lepas kami bersama. OS da buang dia dalam hidup OS dan block semuanya daripada OS. OS buka guna Facebook lain untuk melihat apalah kabar dia. Dan agak terkejut OS bila baca status dia. "Single?" OMG! OS tergelak sebentar dan OS berkata itulah balasan dunia ko. Dan jika dahulu dia mula bercouple OS hanya mampu tersenyum melihat dia bersama penganti baru yang tak sampai sebulan kami berpisah dia sudah mendapat penganti baru. Dan OS hanya mampu berkata pada diri OS tidak mengapa lihat sejauh mana mereka boleh bertahan dan bolehkah lover barunya menjadi seperti apa yang OS jadi dan lakukan bersama denganya dahulu. Pasti tidak akan ada sesiapa sanggup dan boleh lakukan! OS bersumpah! Tidak mengapalah itu semua cerita lalu dna OS tetap tidak akan berkawan dengan dia lagi sampai bila-bila sebab OS dah buang dia dalam hidup OS selama-lamanya. Maaf mudah lafazkan tapi faham atau tidak apa itu maaf?

OK sekarang OS agak pening dan konfius sama perasaan OS. Turun naik perasaan OS nie. Kejap down giler kejap happy. Ya Allah berikanlah aku kekuatanmu untuk harungi semua ini. Harap OS kuat untuk harungi semua ini. Dan OS perlukan sokongan daripada semua. OS sayang semua kawan-kawan OS sebab kalau OS bersedih dan gembira akan bersama dengan mereka semua. OS sayang kawan-kawan OS! Biarlah di hati ini cukup sekadar kawan-kawan semua kerana ianya sudah cukup untuk membuatkan OS dapat merasa kasih sayang dan berteman! OK guys. Apa yang OS rasa OS berkongsi. Sebab inilah cerita sebuah episod kehidupan suka dan duka Oren Soda!

-Oren Soda-

Thursday, August 18, 2011


"MANA emak?"





Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

yah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur. Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?



-Oren Soda-


Thursday, August 11, 2011

AUGUST Top Friends


AUGUST's Top Friends

OGOS tiba pula. Siapakah yang bakal mengisi ruang-ruang di dalam blog OS nie. Bulan ini temanya adalah Kuning!. hehe.. Kali ini OS nak share la sama korang sume member2 OS yang OS salu Chat, Lepak, atau apa2 sahaja bersama mereka. Setiap bulan OS akan update. Jadi siapakah yang akan mengisi ruang2 di Blog OS nie. Dan ini adalah nama pangilan yang OS pangil mereka semua..
Jom kite lihat siapa mereka :)



>apek kUat ketawa :)<



>bunga sUka sama-sama mengimOl dalam FB.haha<



>mirUl kawan yang jauh di Thailand! miss u kawan<



>mal setia dalam LIKE di FB Oren.haha<



>wan merangkap PA baru mikey dan selalu main serang2 LIKE sama dia! haha<



>afkar kawan yang baik dalam FB<



>aiirel kawan Oren paling setia dalam FB.haha<

SEMUA adalah terbaik bagi OS.. SEMUA adalah teman OS.. SEMUA adalah OS sayang.. SEMUA teman-teman OS suka berkawan..
"Good Friend Are Forever"
Oren Soda C:



- Oren Soda -

Sunday, July 31, 2011

PUASA





Aslm semua. Ramadhan kembali lagi. Di kesempatan ini OS mahu mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang beragama Islam di seluruh dunia. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu kebaikan dan memberi sinar baru kepada kita semua. Puasa tau kawan2. Puasa itu wajib. Ingat larangan dan apa yang tidak patot di lakukan pada bulan puasa ini. Selamat menunaikan ibadah puasa ini. :)

- Oren Soda -

My Convocation Day!

My Convocation Day!


HELLO guys! Apa kabar semua. Maaf Oren lama sudah tidak update blog kesayangngan OS nie. Ok entry kali nie OS mahu bercerita dan berkongsi sama semua satu lagi episod kehidupan suka dan duka OS. Iaitu My Convocation Day!! Ya Allah, OS sangat2 bersyukur sekali dapat merasa ini dalam hidup OS. Amat2 bermakna sekali dalam hidup. Membuatkan OS mahu terus menuntut ilmu dan meneruskan pengajian OS ketahap yang kelebih tinggi lagi! Convocation OS telah berlangsung pada 28 Julai 2011 lalu di Seri Negeri Melaka. Sangat2 penuh dengan istiadat konvo sekali. Sampai salah cikit pOn xboleh. Tapi xmengapa untuk satu hari sahaja.

Pagi 28 Julai 2011, OS dan kedua ibu bapa OS bergerak menuju ke Dewan Seri Negeri Melaka. Kami tiba dalam jam 7.30 pagi. Terlewat sedikit tetapi sempat. Pagi itu memang cukup indah sekali. Cuaca yang mendung sedikit dan sejuk. Segak memakai jubah konvo yang cantik. Berbaju melayu hitam serta bersongkot rapi dan kemas. Kelihatan amat segak jugak la pagi itu. OS orang yang ke 356 untuk naik ke atas pentas dan menerima sijil. Penat menunggunya. Lambat giler. Dalam 2 sempat la bergambar dan bergosip sekejap dengan kawan2. Haha.

Bila sudah sampai giliran OS. Berdebar sangat2. Tapi OS dan raptai penuh sebelum itu. 2 kali da naik turun pentas. Tetamu yang hadir amatlah ramai sekali termasuk ibu bapa. Sesudah sahaja semuanya. OS terasa ingin menitiskan air mata apabila melihat wajah ibubapa OS. Sedih sangat2. Inilah perit getir untuk bergelar pelajar dan akhirnya! OS berjaya juga dengan pointer yang baik! Bersyukur kepada Allah swt.! So, Plan OS selepas ini adalah untuk bekerja dan membina kerjaya OS sendiri! OS mahu buka mata semua orang! Di sini juga OS berkongsi sedikit dinner OS sebelum berlangsungnya Majlis konvo OS di Hotel! hehe Sanagat2 seronok malam itu. jOm usha2 pic OS kat bawah nie. Ok. OS *Gambar2 konvo OS akan uplod di FB nanti. Terima kasih semua :)

JOM kongsi bersama saat-saat manis OS bersama :

My Convocation day and
Dinner at Renaissance Hotel Melaka.




>Linda myBFF!<


>Rakan sekelas<


>rakan kelas girl<


>suasana dinner sebelum bermula<


>inilah myBFF di college! linda, mira, syuk, adeq, eca!<


>tak sabar mahu makan! haha<


>Mawi ada malam 2. Hiburkan kami semua. Best!<

Terima kasih semua!

- Oren Soda -

Thursday, July 21, 2011

Countdown hari bersejarah dalam hidup


Countdown!




Hello guys! Oren sekarang nie happy sangat. Apa yang di happykan sangat OS nie? haha.. Minggu hadapan OS akan konvo! YEah! Setelah sekian lamanya berlajar selama 3 tahun akhirnya OS berjaya untuk merasai apa yang semua orang inginkan dalam hidup masing-masing. Alhamdulilah, OS bersyukur kepada Allah swt. kerana memberikan OS satu jalan kehidupan yang baik. Biarpon ianya tidak sempurna tetapi OS bersyukur dengan apa yang OS dapat dan ada sekarang.

Yes! Tak sabar betul mahu tunggu minggu hadapan. Dan sememangnya minggu hadapan adalah hari yang buzy untuk OS! OS akan berkonvo pada 28 Julai 2011, Khamis. Tapi OS akan mula busy dengan semua ini pada hari Selasa ada latihan raptai penuh, Rabu malam pula dinner di Hotel Renaissance Melaka artis jemputan kami malam 2 Mawi lagi! Eeerrr! mulala mengedik graduan girl2 sume t. haha ples la! haha.. Mawi pon mawi la. Makan malam bersama mawi n ekin la nampaknya. Ok la juga agak meriah juga mungkin malam itu. tak sabar menantikan.



Dan untuk kali ini OS berjaya mencapai pointer yang baik. Nak tahu ker? CGPA 3.*8 haha.. Rasia la tengah2 2. hehe. OS berharap ini adalah sebahagian kenangan yang paling bermakna buat OS dalam hidup ini. Nanti OS akan kongsi sama-sama korang semua gambar2 konvo OS. Terima kasih juga pada kawan2 yang da mula wish tahniah semua! Hehe.. Ok.. Senyum selalu. Bye :)



Saturday, July 16, 2011

Selamat Pengantin Baru Kawan!

Selamat Pengantin Baru!




Hello semua teman-teman OS. Kali ini OS mahu berkongsi sedikit la mengenai majlis perkahwinan kawan OS sendiri iaitu pasangan Firdaus & Nadia! Mereka telah berlangsungkan majlis perkahwinan mereka pada 16 Julai 2011 Sabtu, yang sangat2 meriah di Batang Melaka, Melaka. Sangat meriah dan seronok melihat kawan baik sendiri mendirikan rumah tangga dan ke alam perkahwinan.

Untuk pengetahuan semua Firdaus merupakan roomate OS semasa di collge dahulu. Lama kami bersama sehingga ke semester 4 bersama berdua sahaja kongsi bilik. Kami berkenalan di college semasa mula-mula masauk college. Tak sangka bertemu Firdaus dan kami satu bilik. Master room lagi ada toilet. Privacy sangat kami berdua dalam rumah tu! haha. OS pulak jenis suka duduk dalam bilik dan Firdaus pon sama. So tiada masalah untuk kami bersama kongsi bilik dan tiada apa2 halangan. Firdaus sangat baik. OS selalu juga pulang ke rumah dia di hujung minggu. Jalan2 sama dia dan awek dia ketika itu Nadia, sekarang bergelar isteri yang sah pada Firdaus la.

Banyak kenangan kami bersama. Firdaus sangat2 setia orangnya. Jadi sepanjang perkenalan mereka selama beberapa tahun lamanya banyak jugalah masalah yang di hadapi mereka. OS pula satu bilik sama Firdaus berperang sama Nadia tu pekara biasalah kalau mereka bergadoh. Salah faham cikit sahaja esok lusa sayang abang pula la. Hehe. kadang-kadang OS yang jadi mangsa dalam bilik itu. haha. Nak stdy xboleh dek melayan kerenah Firdaus yang bermasalah dengan awek dia. Macam-macam lagi la.

Haha! Haa Apabila kawan baik sendiri sudah mendirikan rumah tangga! OS bila lagi? haha! hati semakin berdebar-debar pula. Kebanyakan kawan-kawan wanita OS semua nak sibuk2 kawin da. Ada yang sudah bertunag. kalau tak silap hujung tahun nie mereka semua mendirikan rumah tangga mereka. Wanita boleh la lelaki yang tanggung semuanya. Lelaki kene fikir 100000000000000 kali berganda untuk semua ini.

InsyAllah, suatu hari OS pon akan berkahwin dan semuanya hanya la masa penentunya sahaja. Dan jodoh pertermuaan hanyalah di tangan yang maha Esa itu. OS berserap di iringin doa yang tulus ikhlas kepada Tuhan. Amin. jika ada rezeki, jodoh dan pilihan yang betul apa salahnya OS kawin jika itulah masanay untuk OS. Tetapi bukan untuk masa yang terdekat ini tetapi di suatu masa. Amin. OK OS mahu ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Firdaus & Nadia! Tahniah korang. Sweet sangat korang. Semoga kekal hingga ke akhir hayat! Amin. OK :)









- Oren Soda -

Friday, July 15, 2011

Harapan & Impian

Harapan Dan Impian



Tahun ini genap OS 21 Tahun. 21 adalah satu angka yang besar dan matang jika di dalam sebuah kehidupan itu. Dan inilah peringkat yang paling penting dalam satu jangka umur kerana ketika inilah bermulahnya perjalanan hidup kita kehadapan lagi.

Harapan dan Impian. Semua orang mempunyai harapan dan impian tersendiri. Setiap tahun berganti tahun, silih berganti pasti ada azam yang baru tersendiri semua orang di dunia nie. Apa yang OS harapakan untuk harapan dan impian OS. Jom sama-sama OS kongsikan kepada semua.

Harapan dan Impian OS untuk dalam jangka masa sekarang ini:

1. Mempunyai taraf pendidikan sekurang-kurangnya Ijazah. Dan sekarang OS sudah berjaya untuk memiliki Diploma Pengurusan Pelancongan. Insyallah ada rezeki OS akan sambung kelak.

2. Mendapat kerja yang OS inginkan dan sesuai dengan diri OS.

3. Mempunyai harta/aset sendiri. Contoh seperti kereta, rumah, barang2 elektronik dan macam-macam lagi. Inyallah juga, apabila sudah bekerja kelak, OS akan cuba mencari ini semua.

4. Kesihatan yang baik. OS berharap dan berdoa pada Allah swt. agar kesihatan OS sentiasa baik dan di panjangkan umur. amin.

5. Membawa Mak & Ayah ke Tanah suci Mekah. Ianya pasti impian dari semua anak. Sesiapa sahaja mahukan itu. Insyallah jika OS mampu dan sempat untuk mempunyai rezeki lebih dalam hidup ini. OS akan lakukan.

6. Membuka sebuah restoran yang mempunyai cawangan di Melaka dan KL. Sebuah restoran yang akan menjadi pilihan semua peringkat umur. OS suka restoran yang santai dan relax. Ada live band, wifi, remaja lepak-lepak dan macam-macam lagi. Yang pasti OS mahukan keunikan.

7. Teringin mahu memiliki Iphone! Yee. semua orang mahukan yang terbaik. OS akan kejar apa yang OS mahukan ini. Biarlah dengan rezeki halal dan titik peluk OS sendiri. Kelak nantikan.

8. Seorang "Couple". OS merasakan masa untuk OS bercouple adalah dalam jangka masa sekarang ini. Sebab jika OS sudah sambung berlajar, Maaf, OS tak akan fikirkan cinta bagai nie. OS mahu fokus dalam pembelajaran OS. Yee bukan mudah hal seperti ini. Tapi itu yang OS impikan ( Verangan ) .

9. Melihat semua adik-adik OS berjaya. OS nak semua mereka berjaya dalam hidup at list mempunyai pendidikan Diploma dalam hidup mereka. Haa abang yang garang OS nie.

10. Melupakan segala peristiwa silam dan buka lembaran baru. OS selalu berharap yang OS kan lupakan semua kisah-kisah lalu OS yang pahit dan jadikan ia sebagai pengalaman serta panduan untuk OS teruskan hidup ini.

11. Impian OS adalah OS mahu menjadi seorang yang berjaya dengan kerjaya OS sendiri. Dan mahu semua orang memandang OS dengan apa yang OS miliki. Bukan dasar untuk menunjuk atau bermegah tetapi untuk di jadikan contoh yang baik kepada orang lain. OS mahukan kejayaan dalam hidup dan senang.

12. Membina dan reka sendiri rumah OS. OS mahu reka bentuk sendiri rumah OS. Itu yang OS mahu. OS minat menjadi arkitek dahulu zaman persekolahan sampailah sekarang minat itu masih tebal. Tetapi ada halangan dan kekangan untuk OS lanjutkan pelajaran dalam bidang itu di IPTS. Tak ada rezeki.

13. Bercuti di pulau bersama Lover! Woo macam seronok sahaja dengar. Mustahil benda ini terjadi. Angan-agan sahaja.

14. Mahu seorang kawan baik. Yang mana boleh selalu berdua sama dia. Keluar berjalan sama-sama, lepak, makan, g mana-mana bersama di dalam senang dan susah. Dan ianya hanyalah seorang kawan. OS nak sanagt ada insan macam itu dalam hidup OS. Sebab OS tiada kawan macam itu, Mungkin belum tiba masanya untuk OS merasai apa semua itu.

15. OS mahu tukar imej penampilan OS. Mungkin ianya mengambil masa. Tapi itu yang OS harapkan. OS mahu menjadi sesuatu yang lain dari sekarang ini. Ketahap yang lebih baik lagi.

16. Menjaga hati semua orang yang berada di sekeliling OS. Tiba-tiba teringat kata-kata ini 'Menganbil hati mungkin mudah daripada menjaga hati itu'.

17. Menambah ketinggian OS. Haha! Yee bagaimanakah caranya. Mungkin inilah sahaja tahap ketinggian OS untuk masa sekarang dan mungkin tetap. Apa-apa pon OS bersyukur.

18. Berharap selepas Raya tahun ini OS sudah mempunyai pekerjaan yang baik. amin.

19. Menjadi seorang yang ceria sahaja. OS berharap Tuhan masih lagi memberikan kepada OS rasa itu.

20. Akhir sekali. OS impikan apa yang OS mimpikan adalah akan menjadi kenyataan. OS nie kuat berangan no 1! Insyallah. OS akan cuba dapatkan apa yang OS harapakan selama ini. Amin.







-Kite manusia biasa yang di sisiNya dan hanya mampu merancang semuanya. Berdoa kepada yang Esa semoga apa yang di harapkan dan di impikan menjadi kenyataan kelak-

- Oren Soda -