MARCH 13, 1990 Hospital Besar Melaka lahirlah seorang insan ke muka bumi Allah swt yang indah ini di dunia persinggahan sementara. Hasil perkahwinan seorang bapa yang di anggap banyak berkorban demi keluarganya dan seorang ibu yang di panggil Emak selama 21 tahun membesarkan dan mendidik ku.. Maka sempurnalah hidup sepasangan pasangan dengan kehadiran seorang cahaya mata sulung yang di nantikan hasil perkahwinan kedua ayah ku. Dan dengan kuasa dan kehendak Tuhan yang maha Esa Allah swt lahirlah insan yang di kenali sebagai Oren. Kehadiran Oren dalam keluarga menjadi kebahagian Ayah dan Emak bertambah erat.
Di manja dan di beri apa sahaja untuk ku kerana ketika itu aku keseorangan dan tidak mempunyai adik beradik yang lain. Segala macam di berikan kepada ku.. Segalanya aku sudah dan dapat merasa. Di manja dan di belai dengan kasih sayang. Pendidikan menjadi pegangan yang kuat bagi Ayah dan Emak. Seawal 5 tahun aku telah di masukan di Tadika. menuntut ilmu pengetahuan berasaskan agama di Tadika Pasti tidak jauh daripada rumah ku. 5 tahun adalah umur yang sangat muda dan mentah untuk berdikari dan bersekolah ketika itu tambahan pula aku seorang yang manja kerana hanya aku seorang sahaja dalam keluarga aku ketika itu. Pelajari ilmu agama yang sangat mendalam selama 2 tahun. Ketika berumur 5 dan 6 tahun aku di didik dengan pelbagai ilmu yang melebihkan kepada ilmu agama. Ketika itu bermacam yang aku sudah hafal dan ingat dalam ingatan aku nie. Aku masih ingat lagi.. nama-nama Allah swt adalah perkara yang wajib di nyayikan setika mahu memulakan kelas dan ketika mahu menamatkan kelas.
Waktu rehat adalah waktu yang selalu aku nantikan. Kalau di dalam kelas aku pasti akan mencuri lihat makanan apakah yang akan kami semua dapat. Ketika itu aku paling suka makan mee goreng. Satu dulang besar di letakan makanan di dalamnya dan di kongsi dengan 5 atau 6 orang sekali dan makanan itu hanya di letakan di dalam dulang besar. pada mulanya aku terasa geli bila ada ketikanya semasa makan terdapat rakan yang termuntah dan pengotor. Tapi apalah yang aku tahu ketika itu. masih mentah dan tak tahu apa itu semua. Makan beramai-ramai adalah saat yang paling aku nantikan. Terpancar sedikit suka duka kesusahan aku semasa itu. Ayah bekerja mencari rezeki dan di tambah dengan Emak pon bekerja mencari sesuap nasi untuk kami bertiga ketika itu. Setiap petang aku pasti menunggu Emak pulang daripada kerjanya.
Dengan menaiki Van pekerja berwarna biru aku sabar menunggu di hadapan rumah di temani dengan pelbagai mainan kecil dan macam-macam kemewahan mainan ketika itu. Boleh di katanya satu bakul mainan aku ketika itu. Sebelum beberapa jam sebelum Emak mahu pulang ke rumah, Ayah akan menelefon Emak dan aku pasti akan bercakap dengan Emak. Dan tidak pernah pesanan yang aku tidak akan lupa untuk memberi tahu pada Emak adalah menyuruh Emak beli gula-gula dan bawa pulang pada ku. Ketika itu aku sangat suka gula-gula. Gula-gula yang aku paling suka dan selalu Emak bawa pulang adalah Sugus! Aku masih ingat lagi di kotak permikiran aku nie. Masih segar semuanya. Emak kelihatan di tepi jalan dengan baju kerjanya dan menurun Van dengan berhati-hati.. Aku berlari dan menjerik 'Emak dan balik' sambil meminta gula-gula daripada Emak.
Jika tak ada aku akan merajuk dan menagis. Emak tanpa penat lelah melayan kerenah aku semasa kecil itu. Sabar untuk melayan aku tanpa jemu. Kehidupan kami semasa itu hanyalah sederhana dan cukup untuk menampung sekeluarga sahaja. Tapi tetap bersyukur dengan apa yang telah di kurniakan oleh Allah swt. Zaman kecil aku hanyalah di temani dengan saudara aku yang paling aku rapat dan kami sentiasa bermain bersama-sama. Zaman kecil aku boleh di katakan nakal sekali. Salah satu kenangan aku bersama saudara aku adalah ketika kami ke Jetty dan menangkap berudu di parit dan membawa pulang berudu itu. Setiap petang aku akan pergi dan bermain di situ. Tak cukup dengan itu pergi di pinggir laut paya bakar menangkap ketam kecil dan bawa pulang membelanya. Sangat ke laut untuk mengambil air laut masin untuk di tukar kan dengan air takungan ketam itu. Belangkas pon menjadi salah satu buruang aku masa itu. Masuk usia 7 tahaun dan bermulalah zaman persekolah rendah aku.....
**....bersambung
Isnin,01 November 2011 12:49 Oren Soda :)
1 comments:
nakal btol die masa kecik ea...x sabar nak tggu sambungan nya...
Post a Comment