BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome

Saturday, March 24, 2012

Aku ada kamu!!

>>Apa kata hati

Dalam banyak-banyak lagu.. Oren paling suka lagu nie.. Bila keluar karok dengan kawan-kawan baik Oren, Oren pasti akan nyanyi lagu ini. Yela suara Oren pon tak la sedap mana tapi itu salah satu kita untuk luahkan perasaan kita dan untuk kita hilangkan tekanan. Biasalah hidup ini banyak dugaan dan cabaran yang datang. Dan yang pasti ianya adalah berbeza setiap hari. Walaubagaimana pon kita yang masih hidup ini tak akan lari dengan masalah. Apa pon yang berlaku kita harus hadapinya. Masalah itu adalah rakan baik kita sebenar sendiri. Di mana sahaja akan ada dan akan sentiasa dengan kita. hidup ini taka akan lari dengan masalah dan bagaimana kita sebagai manusia di muka bumi ini untuk menghadapinya dengan dalam keadaan yang terbaik.


"aku ada kamu" kenapa Oren suka lagu ini? Maksud lagu ini sangat mendalam dan dan liriknya sangat penuh makna dan tersirat. Apa yang Oren suka lagi adalah ianya seakan seperti sama apa yang Oren rasakan sekarang. Tak kisah la apa pon anggapan yang Oren rasa tapi ianya bagi Oren sangat istimewa terutama untuk seseorang yang sangat Oren hormatinya. Hidup ini tidak bosan sebenarnya.. Tapi bagaimana kita yang corakan hidup ini supaya ceria dengan senyuman dan gelak tawa setiap hari.. Itu yang Oren pegang. Untuk itu, apa pon yang Oren lakukan Oren akan lakukan dengan terbaik. Seperti apa yang selalu dia katakan pada Oren. Oren perlu kuat dan lakukan apa yang paling terbaik dalam hidup ini. Jika gagal.. Anggaplah ia adalah salah satu cabaran dan dugaan untuk memulakan sesuatu. Dan jangan pernah rasa kecewa kerana sekurang-kurangnya kita telah mencuba untuk itu!!!! OK jum hayati lirik dan lagu ini! take care guys! Oren sayang semua kawan-kawan Oren dan juga 'DIA F' !! Bye :)


KU ADA KAMU

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu




0 comments: