EPISOD 2: Kenali aku.. Sebuah episod kehidupan suka dan duka..
Zaman persekolahan rendah.. Itulah pengalaman yang semua orang ada dan rasakan. Tentu sekali banyak cerita yang terkandung dalam diari kehidupan zaman persekolahan peringkat rendah kan. 7 tahun adalah di tahun satu dan merupakan murid paling junior dalam sekolah. Sekolah Kebangsaan Dato Haji Baginda adalah tempat di mana aku berlajar erti ilmu, kawan, berguna dan mengerti sebuah kehidupan. 1 Musytari adalah kelas pertama yang aku jejaki ketika masuk ke sekolah itu. 1 Musytari merupakan kelas pertama daripada 3 kelas tahun satu yang ada ketika itu. Kelas yang di beri nama sempenan nama-nama planet di semestar mengikut urutan saiz. kelas pertama Musytrai, kedua marikh dan pluto kelas terakhir. Semua orang suka dan mahu masuk kelas Musyrtari nie sebab kelas Musytari nie adalah kelas yang paling cantik dan semua muridnya adalah pandai-pandai. Tak sangka pulak aku tergolong daripada golongan yang baik.
Memulakan sebuah kehidupan di sekolah yang jaraknya 3 km daripada rumah ku. Berulang alik ke sekolah menaiki Van yang di sewa khas setiap bulan dengan ketika itu kadar bayaranya hanyalah RM 10/20 sebulan. Setiap pagi dan waktu pulang. Aku melanjutkan pelajaran di tahaun 1 hingga 6 di sekolah yang sama. Kelas yang paling di minati aku adalah kelas Pendidikan Seni. Aku di usia kecil suka sangat melukis dan tak heran la aku di gelar murid paling pandai melukis. Sehinggakan dalam kelas Pendidikan Seni aku di jadikan contoh dan di minta oleh cikgu untuk mengajar rakan-rakan yang lain. Aku seperti di sukai oleh semua orang kerana bakat semula jadi aku. Setiap minggu pasti lukisan aku akan tergantung di papan kenyataan belakang kelas. Dan setiap minggu jugala akan berubah-ubah lukisanya mengikut tema apa yang di berikan oelh cikgu. Oleh kerana minat aku terhadapat seni yang mendalam nie banayk juga la pertandingan lukisan yang aku sertai di peringkat sekolah dulu.
Bakat aku tak hanya di usia kecil malah sehingga aku di tahun 4 dan 5. Kalau dan minat kita sanggup buat apa sahaja segalanya. Tahun 1 hingga 3 aku hanyalah murid biasa sehinggalah aku di tahun 4 dan 5 aku di lantik sebagai penolong perpustakawan di sekolah aku. Bukan senang mahu memikul tanggungjawab ini tapi aku terima secara positive. Dahulu semua orang mahu menjadi pengawas sekolah dan perpustakawan. Dan akhirnya aku di pilih oleh cikgu atas sikap baik aku yang sering menjadi perhatian cikgu. bersyukur kerana menjadi seperti apa yang aku jadi dahulu. Tahun 4 dan 5 aku adalah seperti biasa sama seperti semua orang sahaja. jalani UPSR dengan kejayaan yang boleh di anggap OK oleh aku.
Selepas tamat sekolah rendah aku bersekolah di sekolah menengah berhampiran juga dengan rumah aku.. Selama 5 tahun juga aku di sana gigih menuntut ilmu. Ketika inilah bermulanya sebuah cerita....
**...bersambung
Selasa, 02 November 2011 11:20 PM Oren Soda :)
0 comments:
Post a Comment