BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome

Thursday, August 25, 2011

SAYA perlukan ketenangan!!


KETENANGAN!



HELLO guys! Terlebih dahulu OS mahu mintak maaf banyak-banyak atas apa yang OS telah lakukan apa sahaja. OS tensiOn! OS perlukan ketenangan! Ya Allah! Tah la apa yang OS fikirkan nie. Ada sahaja masalah yang datang menimpa OS. Dengan itu OS Deaxtive AC FB Oren Soda OS! OS nak lupakan semua sementara dan berehat sebentar.

Sangat-sangat susah bila mahU menjaga semua hati semua pihak dan melayan semua orang. OS sangat-sangat penat dan fedup dengan semua ini. Ye FB itu macam-macam ada. Fb jugalah yang buat macam-macam pada OS. OS mengenali duni OS sekarang ini melalui FB! OS berehat sebentar dari FB seperti dahulu semula. Bila sampai waktunya OS akan buka semua FB OS!

Ada kawan-kawan tapi semuanya buat masalah dan bukanya mahu membantu. Hanya sesetengah sahaja yang memahami dan sebenarnya kawan. OS tak kisah, OS tak ambik hati pon tapi bila semua orang mahu sentap dan marah-marah OS apakah itu? OS tension dan OS tak boleh terima tekanan yang melampau.

OS sedar siapa diri OS. Hanya manusia yang kecil sahaja di sisi Allah swt. OS nie tidaklah seelok mana dan sebaik mana yang anda sangka. OS hanyalah biasa sahaja. OS bukan juga sempurna seperti malaikat. Semua orang mahu yang terbaik. Tapi untuk dapat yang terbaik itu sangat susah dan bila mahu menjaga hati semua pihak hati kita yang terpaksa di tolak tepi.

Raya makin hampir. Masa-masa macam niela pulak teringat semua kenangan bersama dengan si dia dahulu. Berasa bersama-sama berdua. Jalan-jalan semua. Ya Allah indahnya ketika itu. Alangkah bestnya kalau ia adalah berkekalan sahingga hari ini. Ye OS terima takdir. Harap dia bergembira dengan insan tersayang dia sekarang.

Tahun ini OS beraya di Melaka sahaja. Dengan kedudukan ekOnomi keluarga yang tidak stabil tak dapatlah beraya di Kedah. Jauh sangat-sangat kampung OS di sana tu. Tapi satu perjalanan yang best sangat-sangat. Rindu kat semua di sana. Teringat juga suasana ketika kecil dan membesar di sana la tempat OS bermain.

21 Tahun sudah OS. Kadang-kadang terduduk seorang diri memikirkan nasib dan ini lah namanya kehidupan OS. Banyak sangat dugaan dan cabaran yang OS dapat. Sangat-sangat mencabar. Itulah kehidupan OK! OS sangat sayang pada keluarga OS dan juga kawan-kawan OS. OS sayang ayah, emak adik-adik OS. OS mahu semuanya berjaya dan senang dalam hidup ni. OS sayang kawan-kawan OS. Sebab mereka selalu teman OS dalam FB dan di mana-mana juga!

Ketika menulis entry nie. Di temani lagu raya kedengaran di eyefOn telinga dan suasana yang sangat sejUk kerana hujan sedang turun membasahi bumi Melaka ini dan di temani segelas air stabery sejuk menambah sejuk lagi OS. Dan ketika inilah air mata OS mengalir dengan sendirinya ketika meluahkan apa yang OS rasakan ini. OK guys OS mintak ampon maaf kepada semua apa juga kesalahan OS. Jaga diri semua. Aslm.

- Oren Soda -




0 comments: