BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome

Saturday, March 24, 2012

Aku ada kamu!!

>>Apa kata hati

Dalam banyak-banyak lagu.. Oren paling suka lagu nie.. Bila keluar karok dengan kawan-kawan baik Oren, Oren pasti akan nyanyi lagu ini. Yela suara Oren pon tak la sedap mana tapi itu salah satu kita untuk luahkan perasaan kita dan untuk kita hilangkan tekanan. Biasalah hidup ini banyak dugaan dan cabaran yang datang. Dan yang pasti ianya adalah berbeza setiap hari. Walaubagaimana pon kita yang masih hidup ini tak akan lari dengan masalah. Apa pon yang berlaku kita harus hadapinya. Masalah itu adalah rakan baik kita sebenar sendiri. Di mana sahaja akan ada dan akan sentiasa dengan kita. hidup ini taka akan lari dengan masalah dan bagaimana kita sebagai manusia di muka bumi ini untuk menghadapinya dengan dalam keadaan yang terbaik.


"aku ada kamu" kenapa Oren suka lagu ini? Maksud lagu ini sangat mendalam dan dan liriknya sangat penuh makna dan tersirat. Apa yang Oren suka lagi adalah ianya seakan seperti sama apa yang Oren rasakan sekarang. Tak kisah la apa pon anggapan yang Oren rasa tapi ianya bagi Oren sangat istimewa terutama untuk seseorang yang sangat Oren hormatinya. Hidup ini tidak bosan sebenarnya.. Tapi bagaimana kita yang corakan hidup ini supaya ceria dengan senyuman dan gelak tawa setiap hari.. Itu yang Oren pegang. Untuk itu, apa pon yang Oren lakukan Oren akan lakukan dengan terbaik. Seperti apa yang selalu dia katakan pada Oren. Oren perlu kuat dan lakukan apa yang paling terbaik dalam hidup ini. Jika gagal.. Anggaplah ia adalah salah satu cabaran dan dugaan untuk memulakan sesuatu. Dan jangan pernah rasa kecewa kerana sekurang-kurangnya kita telah mencuba untuk itu!!!! OK jum hayati lirik dan lagu ini! take care guys! Oren sayang semua kawan-kawan Oren dan juga 'DIA F' !! Bye :)


KU ADA KAMU

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu




Saturday, March 10, 2012

Hati


Bila sebUt mengenai hati misti ramai yang berkata ianya sesUatu yang sentitif dan sesuatu yang serius. Tak kira la ianya mengenai apa pon. Yang penting hati adalah segala-gala bagi Oren jika kita mahUkan sesUatu atau pon apa aspek perkara. Kalau nak kawin misti tanya hati dan perasaan kan adakah kita sudah bersedia untuk ke arah itu. Jika tidak pasti hati dan perasaan akan terlUka.

Macam mana jika tidak ada hati? Misti semUa manusia nie tak ada perasaan. Dan pastinya semUa manusia akan berpasif dan hidup ini tidaklah sentiasa ceria dan gembira. Tanpa hati juga tiadalah perasaan. Jika bercerita tentang perasaan pUla. Semua orang ada hati dan perasaan. Kenapa selalU sangat kaitan 'hati dan perasaan'? Kenapa tak cakap lain selain hati? Sebab ianya saling bergantungan antara satU sama lain!

Bagaimana jika kita sUka pada seseOrang itu. Apa yang kita akan lihat dUlu? Hati? bagaimana eh mahU lihat hati seseOrang itu? Nak kena bedah dan lihat apa 'warna' hatinya dan bagaimana hatinya? Perlu semua itu? Macam pelik dan kerja gila. Jadi dalam ayat yang mudah di fahami ialah kita kenali hati dan budi seseorang itu dahUlu. Tapi bagaimana???

1st mungkin kita akan lihat bagaimana layanan dan respond yang di berikan olehnya. Jika baik, baiklah dan jika sebaliknya itu anda tahU la jawapanya. Tapi jangan anggap itu sebagai halangan tapi anggaplah itu sebagai cabaran dan usaha dalam memikat hatinya!!

Kena selalU ingat, tak semUa benda dan perkara yang kita mahUkan itu akan menjadi milik kita. Jika ada dan dapat jangan lUpa saat-saat kita perlUkanya dan ketika kita berusaha untuk dapatkanya. Kerana bagi Oren, perlUang untuk sesUatu peluang itu hanyalah sekali. Sekali di berikan pelUang itu, itu adalah pelUang yang pertama dan terakhir dalam hidUp ini. Jika mahukan pelUang kedUa, kena tunggu mati hidUp semUla. Kerana pelUang hanyalah sekali seUmur hidup.

Hargai dan ikhlas untuk menerima pelUang. Apa pon yang kita lakUkan adalah dalam kawalan kita. Jika hati kita positif maka hasilnya dan semua perkara yang kita lakukan adalah positif. Jadi apa yang Oren salU lakukan adalah fikir dan pandang sesUatu itu secara positif. Dan hadapinya dengan senyUman. Dunia ini adalah medan untuk kita menguji di mana kekUatan dan tahap diri kita untuk hadapinya.

Hati jUga banyak untuk berfikir tentang apa yang akan dan bakal terjadi dan apa yang telah terjadi. Hati jUga mampu mengawal setiap pergerakan dan tingkah lakU kita. Tanpa hati mungkin semUa yang di lalUi hari-hari kita adalah biasa sahaja. Hargailah hati dan perasaan yang di berikan oleh Tuhan. SemUa orang hati hati tapi tak semUa orang pandai dan mampU untuk menjaga hati orang lain dan banyak hati di lUar sana dan jUga untuk menjaga semUa hati agar semUanya tidak terlUka amatlah sukar. Fikir positif dan chill :)

Friday, November 18, 2011

20 tanda jika anda Admirer kat seseorang itu!




1. Kita akan selalu ingat dia walau apa pon yang kita lakukan walaupon dia tak pernah ingat kita.

2. Hari-hari misti tatap wajah dia tak kira la secara live ke, dalam FaceboOk ke ataU di mana-mana la yang terdapat wajah dia walaupon dia tak tahU bahawa ada orang lihat muka dia.

3. Setiap kali kita Online FaceboOk dan Twiter pasti akan lihat wall dia dan tengok semua status dan apa yang di coretkan dia pada setiap hari tanpa jemU.

4. Kita juga akan mengetahui segala perkembangan dirinya. Apa yang di lakukanya dan di mana dia berada. Biasanya kita akan usha2 laman sosialnya dan LIKE semua yang ada.

5. Hari-hari pergi kerja kita pasti akan menunggu dia di pintu masuk sebab pagi-pagi misti nak lihat muka dia dulu. Kalau dia lambat sanggup tunggu di car park.

6. Kalau terserempak dengan dia, jantung kita tiba-tiba berdegup kencang, nafas semakin kuat, mata tak berkelip tengok dan hati pasti cair luntur la kat situ gak dan kedu untuk berkata.

7. Kalau nampak dia dari jauh pasti nak pergi tegur dan nak buat-buat terserempak dan jalan berselisih sebelah dia. dan jika mood kita tak baik kalau lihat muka dia terus mood kita kembali ceria.

8. Kita pasti akan beri dia senyuman kalau dia pandang kita dan berbalas la senyuman.

9. Nak tegur takot hanya senyum jek la di beri setiap kali jumpa.

10. Dalam hati kita pasti berbuak-buak nak ajak dia lepak chill, kuar, jalan-jalan sama-sama. Tapi sebab malu semuanya terbatas. Tapi kalau dapat peluang tak akan lepaskan!

11. Kita akan bertanya pada orang sekeliling yang mengenali dirinya tentang latar belakang dirinya.

12. Paling penting kita akan mencari dan mengenal pasti status diri dia dan dia. Single atau apa.

13. Kalau boleh semua perkara A-Z kita nak tahu dan ingat sampai la betol-betol kita dapat apa yang kita mahukan.

14. Kadang-kala kita salu bermimpi akan dirinya bersama kita berdua. Indahnya.

15. Kita juga akan selalu berangan tentang dia.

16. Kita juga kadang-kala macam menjadi seperti orang gila. Semuanya kerana dia. Ooh manisnya.

17. Kite akan cuba berkenalan dengan rakan-rakan rapatnya. Motifnya untuk mudah untuk kita untuk rapat megenali dirinya sepenuhnya.

18. Selalu buat-buat lalu depan tempat dia kerja dan mata akan memandang ke dalam meja kerja dia. Walaupon dia tak tahu yang kita sedang melihat dia.

19. Kalau terserempak dia dan rakan lain, kelihatan mesra. Kita misti akan cemburu dan kita terus berfikiran positive. mungkin itu adik dia atau kazen dia. Cover line.

20. Kita selalu berharap suatu hari yang kita akan dapat dirinya! Ooh...


-Oren Soda-


Tuesday, November 1, 2011

Cerita perjalanan hidupku... -Oren Soda


EPISOD 2: Kenali aku.. Sebuah episod kehidupan suka dan duka..



Zaman persekolahan rendah.. Itulah pengalaman yang semua orang ada dan rasakan. Tentu sekali banyak cerita yang terkandung dalam diari kehidupan zaman persekolahan peringkat rendah kan. 7 tahun adalah di tahun satu dan merupakan murid paling junior dalam sekolah. Sekolah Kebangsaan Dato Haji Baginda adalah tempat di mana aku berlajar erti ilmu, kawan, berguna dan mengerti sebuah kehidupan. 1 Musytari adalah kelas pertama yang aku jejaki ketika masuk ke sekolah itu. 1 Musytari merupakan kelas pertama daripada 3 kelas tahun satu yang ada ketika itu. Kelas yang di beri nama sempenan nama-nama planet di semestar mengikut urutan saiz. kelas pertama Musytrai, kedua marikh dan pluto kelas terakhir. Semua orang suka dan mahu masuk kelas Musyrtari nie sebab kelas Musytari nie adalah kelas yang paling cantik dan semua muridnya adalah pandai-pandai. Tak sangka pulak aku tergolong daripada golongan yang baik.

Memulakan sebuah kehidupan di sekolah yang jaraknya 3 km daripada rumah ku. Berulang alik ke sekolah menaiki Van yang di sewa khas setiap bulan dengan ketika itu kadar bayaranya hanyalah RM 10/20 sebulan. Setiap pagi dan waktu pulang. Aku melanjutkan pelajaran di tahaun 1 hingga 6 di sekolah yang sama. Kelas yang paling di minati aku adalah kelas Pendidikan Seni. Aku di usia kecil suka sangat melukis dan tak heran la aku di gelar murid paling pandai melukis. Sehinggakan dalam kelas Pendidikan Seni aku di jadikan contoh dan di minta oleh cikgu untuk mengajar rakan-rakan yang lain. Aku seperti di sukai oleh semua orang kerana bakat semula jadi aku. Setiap minggu pasti lukisan aku akan tergantung di papan kenyataan belakang kelas. Dan setiap minggu jugala akan berubah-ubah lukisanya mengikut tema apa yang di berikan oelh cikgu. Oleh kerana minat aku terhadapat seni yang mendalam nie banayk juga la pertandingan lukisan yang aku sertai di peringkat sekolah dulu.

Bakat aku tak hanya di usia kecil malah sehingga aku di tahun 4 dan 5. Kalau dan minat kita sanggup buat apa sahaja segalanya. Tahun 1 hingga 3 aku hanyalah murid biasa sehinggalah aku di tahun 4 dan 5 aku di lantik sebagai penolong perpustakawan di sekolah aku. Bukan senang mahu memikul tanggungjawab ini tapi aku terima secara positive. Dahulu semua orang mahu menjadi pengawas sekolah dan perpustakawan. Dan akhirnya aku di pilih oleh cikgu atas sikap baik aku yang sering menjadi perhatian cikgu. bersyukur kerana menjadi seperti apa yang aku jadi dahulu. Tahun 4 dan 5 aku adalah seperti biasa sama seperti semua orang sahaja. jalani UPSR dengan kejayaan yang boleh di anggap OK oleh aku.

Selepas tamat sekolah rendah aku bersekolah di sekolah menengah berhampiran juga dengan rumah aku.. Selama 5 tahun juga aku di sana gigih menuntut ilmu. Ketika inilah bermulanya sebuah cerita....


**...bersambung
Selasa, 02 November 2011 11:20 PM Oren Soda :)


Monday, October 31, 2011

Cerita perjalanan hidupku... -Oren Soda


Episod 1: Kenali aku.. Sebuah episod kehidupan suka dan duka..



MARCH 13, 1990
Hospital Besar Melaka lahirlah seorang insan ke muka bumi Allah swt yang indah ini di dunia persinggahan sementara. Hasil perkahwinan seorang bapa yang di anggap banyak berkorban demi keluarganya dan seorang ibu yang di panggil Emak selama 21 tahun membesarkan dan mendidik ku.. Maka sempurnalah hidup sepasangan pasangan dengan kehadiran seorang cahaya mata sulung yang di nantikan hasil perkahwinan kedua ayah ku. Dan dengan kuasa dan kehendak Tuhan yang maha Esa Allah swt lahirlah insan yang di kenali sebagai Oren.
Kehadiran Oren dalam keluarga menjadi kebahagian Ayah dan Emak bertambah erat.

Di manja dan di beri apa sahaja untuk ku kerana ketika itu aku keseorangan dan tidak mempunyai adik beradik yang lain. Segala macam di berikan kepada ku.. Segalanya aku sudah dan dapat merasa. Di manja dan di belai dengan kasih sayang. Pendidikan menjadi pegangan yang kuat bagi Ayah dan Emak. Seawal 5 tahun aku telah di masukan di Tadika. menuntut ilmu pengetahuan berasaskan agama di Tadika Pasti tidak jauh daripada rumah ku. 5 tahun adalah umur yang sangat muda dan mentah untuk berdikari dan bersekolah ketika itu tambahan pula aku seorang yang manja kerana hanya aku seorang sahaja dalam keluarga aku ketika itu.
Pelajari ilmu agama yang sangat mendalam selama 2 tahun. Ketika berumur 5 dan 6 tahun aku di didik dengan pelbagai ilmu yang melebihkan kepada ilmu agama. Ketika itu bermacam yang aku sudah hafal dan ingat dalam ingatan aku nie. Aku masih ingat lagi.. nama-nama Allah swt adalah perkara yang wajib di nyayikan setika mahu memulakan kelas dan ketika mahu menamatkan kelas.

Waktu rehat adalah waktu yang selalu aku nantikan. Kalau di dalam kelas aku pasti akan mencuri lihat makanan apakah yang akan kami semua dapat. Ketika itu aku paling suka makan mee goreng. Satu dulang besar di letakan makanan di dalamnya dan di kongsi dengan 5 atau 6 orang sekali dan makanan itu hanya di letakan di dalam dulang besar. pada mulanya aku terasa geli bila ada ketikanya semasa makan terdapat rakan yang termuntah dan pengotor. Tapi apalah yang aku tahu ketika itu. masih mentah dan tak tahu apa itu semua.
Makan beramai-ramai adalah saat yang paling aku nantikan. Terpancar sedikit suka duka kesusahan aku semasa itu. Ayah bekerja mencari rezeki dan di tambah dengan Emak pon bekerja mencari sesuap nasi untuk kami bertiga ketika itu. Setiap petang aku pasti menunggu Emak pulang daripada kerjanya.

Dengan menaiki Van pekerja berwarna biru aku sabar menunggu di hadapan rumah di temani dengan pelbagai mainan kecil dan macam-macam kemewahan mainan ketika itu. Boleh di katanya satu bakul mainan aku ketika itu. Sebelum beberapa jam sebelum Emak mahu pulang ke rumah, Ayah akan menelefon Emak dan aku pasti akan bercakap dengan Emak. Dan tidak pernah pesanan yang aku tidak akan lupa untuk memberi tahu pada Emak adalah menyuruh Emak beli gula-gula dan bawa pulang pada ku. Ketika itu aku sangat suka gula-gula. Gula-gula yang aku paling suka dan selalu Emak bawa pulang adalah Sugus! Aku masih ingat lagi di kotak permikiran aku nie. Masih segar semuanya. Emak kelihatan di tepi jalan dengan baju kerjanya dan menurun Van dengan berhati-hati.. Aku berlari dan menjerik 'Emak dan balik' sambil meminta gula-gula daripada Emak.

Jika tak ada aku akan merajuk dan menagis.
Emak tanpa penat lelah melayan kerenah aku semasa kecil itu. Sabar untuk melayan aku tanpa jemu. Kehidupan kami semasa itu hanyalah sederhana dan cukup untuk menampung sekeluarga sahaja. Tapi tetap bersyukur dengan apa yang telah di kurniakan oleh Allah swt. Zaman kecil aku hanyalah di temani dengan saudara aku yang paling aku rapat dan kami sentiasa bermain bersama-sama. Zaman kecil aku boleh di katakan nakal sekali. Salah satu kenangan aku bersama saudara aku adalah ketika kami ke Jetty dan menangkap berudu di parit dan membawa pulang berudu itu. Setiap petang aku akan pergi dan bermain di situ. Tak cukup dengan itu pergi di pinggir laut paya bakar menangkap ketam kecil dan bawa pulang membelanya. Sangat ke laut untuk mengambil air laut masin untuk di tukar kan dengan air takungan ketam itu. Belangkas pon menjadi salah satu buruang aku masa itu. Masuk usia 7 tahaun dan bermulalah zaman persekolah rendah aku.....




**....bersambung


Isnin,01 November 2011 12:49 Oren Soda :)


Wednesday, October 19, 2011

OCTOBER Top Friends

SEPTEMBER's Top Friends

OKTOBER tiba pula. Siapakah yang bakal mengisi ruang-ruang di dalam blog OS nie. Bulan ini temanya adalah Biru!. hehe.. Kali ini OS nak share la sama korang sume member2 OS yang OS salu Chat, Lepak, atau apa2 sahaja bersama mereka. Setiap bulan OS akan update. Jadi siapakah yang akan mengisi ruang2 di Blog OS nie. Dan ini adalah nama pangilan yang OS pangil mereka semua.. Jom kite lihat siapa mereka :)



>Myrul! Budak nakal!<



>Afkar! Tah bape kali tah muka dia jek kat blog nie! Apa-apa pon dia la salu keep in touch sama Oren! :) <



>Efie! Salu tegur Oren di Facebook dan salu borak2 sama dia!<



>Siwon! Kawan yang baik<



>Amie! Salu kacau dia! hehe<



>John! Layan jek apa dia meroyan! hehe :) <

SEMUA adalah terbaik bagi OS.. SEMUA adalah teman OS.. SEMUA adalah OS sayang.. SEMUA teman-teman OS suka berkawan..
"Good Friend Are Forever"
Oren Soda C:


-OrenSodaOfficial2011-




Tuesday, October 11, 2011

Akan datang TOP friends bulan October!



NANTIKAN
" OCTOBER's TOP FRIENDs "
OREN SODA DI BLOG OS INI!


Wajah siapakah yang bakal mengisi ruang di Blog OS ini? Akan datang! :)


-Oren Soda Official 2011-