BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome

Monday, October 31, 2011

Cerita perjalanan hidupku... -Oren Soda


Episod 1: Kenali aku.. Sebuah episod kehidupan suka dan duka..



MARCH 13, 1990
Hospital Besar Melaka lahirlah seorang insan ke muka bumi Allah swt yang indah ini di dunia persinggahan sementara. Hasil perkahwinan seorang bapa yang di anggap banyak berkorban demi keluarganya dan seorang ibu yang di panggil Emak selama 21 tahun membesarkan dan mendidik ku.. Maka sempurnalah hidup sepasangan pasangan dengan kehadiran seorang cahaya mata sulung yang di nantikan hasil perkahwinan kedua ayah ku. Dan dengan kuasa dan kehendak Tuhan yang maha Esa Allah swt lahirlah insan yang di kenali sebagai Oren.
Kehadiran Oren dalam keluarga menjadi kebahagian Ayah dan Emak bertambah erat.

Di manja dan di beri apa sahaja untuk ku kerana ketika itu aku keseorangan dan tidak mempunyai adik beradik yang lain. Segala macam di berikan kepada ku.. Segalanya aku sudah dan dapat merasa. Di manja dan di belai dengan kasih sayang. Pendidikan menjadi pegangan yang kuat bagi Ayah dan Emak. Seawal 5 tahun aku telah di masukan di Tadika. menuntut ilmu pengetahuan berasaskan agama di Tadika Pasti tidak jauh daripada rumah ku. 5 tahun adalah umur yang sangat muda dan mentah untuk berdikari dan bersekolah ketika itu tambahan pula aku seorang yang manja kerana hanya aku seorang sahaja dalam keluarga aku ketika itu.
Pelajari ilmu agama yang sangat mendalam selama 2 tahun. Ketika berumur 5 dan 6 tahun aku di didik dengan pelbagai ilmu yang melebihkan kepada ilmu agama. Ketika itu bermacam yang aku sudah hafal dan ingat dalam ingatan aku nie. Aku masih ingat lagi.. nama-nama Allah swt adalah perkara yang wajib di nyayikan setika mahu memulakan kelas dan ketika mahu menamatkan kelas.

Waktu rehat adalah waktu yang selalu aku nantikan. Kalau di dalam kelas aku pasti akan mencuri lihat makanan apakah yang akan kami semua dapat. Ketika itu aku paling suka makan mee goreng. Satu dulang besar di letakan makanan di dalamnya dan di kongsi dengan 5 atau 6 orang sekali dan makanan itu hanya di letakan di dalam dulang besar. pada mulanya aku terasa geli bila ada ketikanya semasa makan terdapat rakan yang termuntah dan pengotor. Tapi apalah yang aku tahu ketika itu. masih mentah dan tak tahu apa itu semua.
Makan beramai-ramai adalah saat yang paling aku nantikan. Terpancar sedikit suka duka kesusahan aku semasa itu. Ayah bekerja mencari rezeki dan di tambah dengan Emak pon bekerja mencari sesuap nasi untuk kami bertiga ketika itu. Setiap petang aku pasti menunggu Emak pulang daripada kerjanya.

Dengan menaiki Van pekerja berwarna biru aku sabar menunggu di hadapan rumah di temani dengan pelbagai mainan kecil dan macam-macam kemewahan mainan ketika itu. Boleh di katanya satu bakul mainan aku ketika itu. Sebelum beberapa jam sebelum Emak mahu pulang ke rumah, Ayah akan menelefon Emak dan aku pasti akan bercakap dengan Emak. Dan tidak pernah pesanan yang aku tidak akan lupa untuk memberi tahu pada Emak adalah menyuruh Emak beli gula-gula dan bawa pulang pada ku. Ketika itu aku sangat suka gula-gula. Gula-gula yang aku paling suka dan selalu Emak bawa pulang adalah Sugus! Aku masih ingat lagi di kotak permikiran aku nie. Masih segar semuanya. Emak kelihatan di tepi jalan dengan baju kerjanya dan menurun Van dengan berhati-hati.. Aku berlari dan menjerik 'Emak dan balik' sambil meminta gula-gula daripada Emak.

Jika tak ada aku akan merajuk dan menagis.
Emak tanpa penat lelah melayan kerenah aku semasa kecil itu. Sabar untuk melayan aku tanpa jemu. Kehidupan kami semasa itu hanyalah sederhana dan cukup untuk menampung sekeluarga sahaja. Tapi tetap bersyukur dengan apa yang telah di kurniakan oleh Allah swt. Zaman kecil aku hanyalah di temani dengan saudara aku yang paling aku rapat dan kami sentiasa bermain bersama-sama. Zaman kecil aku boleh di katakan nakal sekali. Salah satu kenangan aku bersama saudara aku adalah ketika kami ke Jetty dan menangkap berudu di parit dan membawa pulang berudu itu. Setiap petang aku akan pergi dan bermain di situ. Tak cukup dengan itu pergi di pinggir laut paya bakar menangkap ketam kecil dan bawa pulang membelanya. Sangat ke laut untuk mengambil air laut masin untuk di tukar kan dengan air takungan ketam itu. Belangkas pon menjadi salah satu buruang aku masa itu. Masuk usia 7 tahaun dan bermulalah zaman persekolah rendah aku.....




**....bersambung


Isnin,01 November 2011 12:49 Oren Soda :)


Wednesday, October 19, 2011

OCTOBER Top Friends

SEPTEMBER's Top Friends

OKTOBER tiba pula. Siapakah yang bakal mengisi ruang-ruang di dalam blog OS nie. Bulan ini temanya adalah Biru!. hehe.. Kali ini OS nak share la sama korang sume member2 OS yang OS salu Chat, Lepak, atau apa2 sahaja bersama mereka. Setiap bulan OS akan update. Jadi siapakah yang akan mengisi ruang2 di Blog OS nie. Dan ini adalah nama pangilan yang OS pangil mereka semua.. Jom kite lihat siapa mereka :)



>Myrul! Budak nakal!<



>Afkar! Tah bape kali tah muka dia jek kat blog nie! Apa-apa pon dia la salu keep in touch sama Oren! :) <



>Efie! Salu tegur Oren di Facebook dan salu borak2 sama dia!<



>Siwon! Kawan yang baik<



>Amie! Salu kacau dia! hehe<



>John! Layan jek apa dia meroyan! hehe :) <

SEMUA adalah terbaik bagi OS.. SEMUA adalah teman OS.. SEMUA adalah OS sayang.. SEMUA teman-teman OS suka berkawan..
"Good Friend Are Forever"
Oren Soda C:


-OrenSodaOfficial2011-




Tuesday, October 11, 2011

Akan datang TOP friends bulan October!



NANTIKAN
" OCTOBER's TOP FRIENDs "
OREN SODA DI BLOG OS INI!


Wajah siapakah yang bakal mengisi ruang di Blog OS ini? Akan datang! :)


-Oren Soda Official 2011-


Wednesday, September 28, 2011

Hidup Seperti Buih!



Buih-buih..
Buih terbang-terbang..
Cantik!
Tapi bila buih jatuh..

Cantik hilang!


Tiup lagi buih-buih..
Dan sekali lagi buih-buih hilang..


Buih-buih..
Angin bawa kamu pergi dan terus pergi..

Tiup lagi buih-biuh..
Buih hilang lagi!


.................

...........................................
..............................


Sama seperti lumrah kehidupan..
Bila kita berada di atas..
Masa gembira semuanya indah, cantik..

Seperti cantiknya buih-buih tadi!


Dan bila kita jatuh..
Kecantikan itu akan berlalu jua..


Hidup ini ada pasang surutnya..
Yang cantik bisa jadi comot..
Yang indah bisa jadi gundah..
Yang sempurna bisa jadi layu..
Yang suka bisa jadi luka..


Kena sentiasa beringat..
Siapa diri kite di muka bumi ini..
Syukuri nikmat Allah swt beri..
Jangan lupa dan bongkak..
Kelak Allah swt tarik semua nikmat itu..




Dan hidup seperti buih..




-OrenSodaOfficial-





Thursday, September 15, 2011

Kenangan itu indah!


BILA Oren berbicara tentang kenangan cinta lalu..


Hi semua. Entry kali nie OS nak citer la sikit tentang kisah cinta OS dahulu. Rasanya macam agak menarik perhatian sikit la topic nie. Sebab OS tak pernah untuk bercerita tentang hal-hal cinta OS pada sesiapa atau menulisnya di mana-mana sahaja. Ok entry kali nie OS akan cerita sedikit la tentang pahit manis cerita cinta OS dahulu. Bak kata orang juga kenangan itu memang indah untuk di ingati.. dan bila di ingat selalu mungkin akan terasa sakit sedikit di hati ini.

Cinta pertama OS adalah pada seorang yang berasal dari Kelantan dan dia menetap di Johor atas urusan kerja. Saat pertama berkenalan dan berpandang mata adalah di KL. Bersentuh bersalaman denganya dan tanpa sebarang kata-kata. Maklumlah baru kenal dan pertama kali jumpa. Masing-masing dia. Dan selepas itu OS nie pon dengan rasa yang sesuatu ketika itu carilah dia di laman sosial Myspace. Dan jumpa la serta kami berkawan. Lama juga berkawan dan berkenalan di Myspace itu. Dan sampai la ke satu tahap untuk ke satu peringgkat hubungan itu. Dan OS secara rasminya menjadi pasangan dia sebagai pasangan kekasih. Lama juga kami menjalin hubungan dan banyak sangat kenagan bersama dengan dia. Kenangan paling banyak adalah di JB! Sangat best JB!


Cinta kedua OS adalah ketika OS sedang berlajar di semester akhir ketika itu. Wow! paling indah pernah di rasakan OS la cinta kedua nie. Terlalu banyak kenangan untuk cinta kedua nie dan dialah insan yang paling OS sayang sekali yang pernah OS sayang selain daripada yang wajib di sayang la! Tapi itulah apalah daya kita nie nak melawan apa yang telah di tetap kn! Perkenalan yang singkat mungkin menjadi faktor OS tak cukup kenal untuk betol-betol kenali dirinya. Banyak pengorbanan yang telah OS bari. Tapi semuanya hanyalah sekadar tidak di hargai. OS sangat penyabar dalam bercinta ini sampailah ke satu tahap yang buat salah tapi OS yang memohon ampon maaf. OS memang bodoh dalam bab bercinta ini. Tapi OS cuba untuk menjadi seorang yang sempurna.

Memori bercinta ini memang la semua orang ada. Dan mungkin ada juga orang yang tak pernah bercinta. Dan hanya tahu apa itu cinta tapi tahu ke rasanya bercinta nie? Bagi OS cukupla puas dengan semua cinta-cinta yang tak kemana nie. Masanya untuk OS kejar cita-cita OS menjadi seorang yang berjaya. Kelak sudah berjaya dan membuka mata semua orang barulah semua pandang kita dan masa itulah OS tahu di mana ertinya seorang kawan dan mananya lawan. 21 tahun sudah OS hidup di dunia ini. Macam-macam pengalaman telah OS dapat dan lalui. Susah senang sedih gembira dan macam-macam lagi rasa dan perasaan ini la. Dan hanya mampu mengucapkan rasa kesyukuran kepada yang maha Esa!

Rasanya cinta dalan diri OS sangat tidak perlu dan haruslah di lupuskan perkataan cinta dalam otak OS nie. Kalau boleh delete OS nak padam terus. Tak mahu bermain dengan cinta lagi. Ubah cikit kata-kata nie.. Kalau tak pandai berenang jangan buat rumah tengah2 laut! haha! Harap faham la. Dan masa sekarang OS haraplah tak ada sesiapa yang mengharapkan apa-apa daripada OS. OS tak mahu mengharapkan apa-apa dan tak mahu memberi harapan apa-apa. Cukuplah sekadar rakan, kawan, teman, BFF dan segala macam yang boleh selain daripada perkataan cinta itu. Sangat penat untuk OS lalui semua itu. Ini ayat orang frust cinta ke apa nie OS oi? Haha.. Apa-apa sahajala OS.

Bila melihat orang lain bercouple, ada pasangan memang tersentuh juga hati kita nie Siapa yang tak terasa memang tak ada perasaan la agaknya. Tapi apalah daya kita! OS tak heran semua itu. Janji OS tak kacau hidup orang lain sudah dan OS bersyukur mendapat dan mempunyai kawan-kawan yang sangat best. Hari-hari pasti akan buat OS tergelak sorang2. Seronok bila berkawan dengan mereka semua. Biarlaah berkawan di laman sosial Facebook dan lain-lain tu. Tapi OS sudah rasa keiklasan semua orang. Terima kasih OS ucapkan pada semua. Dan kepada yang OS marah, terkecil hati itu, OS xpernah simpan apa-apa. Dan kita tetap kawan. OK laa.. Cinta nie pon citer banyak2 xd faedah la.. Ok guys tetap senyum ok dan terima kasih bace entry kali ini. Bye2 :)

Tuesday, September 13, 2011

Maaf?


Apa yang harus anda lakukan kalau anda buat salah pada Oren Soda?



Manusia nie semuanya sama sahaja. Yang membezakanya adalah keimanan dan ketakwaanya sahaja. Jadi tidak la sekejam mana OS untuk tidak memaafkan semua orang yang melakukan salah pada OS. OS maafkan.. Nabi pon maafkan umatnya.. OS lagila hanya manusia biasa yang banyak kekurangan dan kelemahanya. Jadi tidak salah untuk OS memaafkan orang lain dan berbaik sesama sendiri. Perkara yang OS pantang sekali adalah bila kemaafan itu hanya sekadar ABC dalam erti kata lain tiada erti dan makna. Apa guna maaf kalau beribu kali dan melakukan kesalahan yang sama. OK apa yang perlu anda lakukan jika berbuat salah dan ingin memohon maaf daripada OS serta membuat hati OS lembut untuk menerima aaf itu:


1. Lafazkan maaf dengan kata-kata dan bukanya secara perkataan.

2. Melafazkan maaf dengan bersungguh-sungguh dan berjanji tidak akan ulangi kesilapan lalu.

3. Cuba cari masa yang sesuai untuk meminta maaf. Keadaan mood OS yangstabil.

4. Tunggu esok atau lusa jika OS masih lagi berdegil untuk berkata apa-apa.

5. Kata dengan serendah-rendah diri dan penuh keinsafan memohon maaf.

6. Gunakan kata-kata yang baik dan sesuatu yang membuatkan OS tersenyum bila mendengar.

7. Bagi sesuatu kat OS yang membuatkan OS tersenyum bila melihatnya.

8. Jangan pernah memaksa OS untuk membuat sesuatu dan memaksa untuk memaafkan.

9. Bagi OS ruang waktu untuk OS fikir dan tenangkan fikiran.

10. Jangan bagi OS tekanan yang lagi boleh menambahkan kekusutan di kepala otak.

11. Dan kena selalu ingat peluang untuk OS pada orang lain hanyalah sekali.

12. Maaf pertama mungkin OS akan senyum menerimanya.. dan maaf seterusnya mungkin akan membuat anda yang melakukan salah tersenyum untuk meminta maaf lagi kerana mungkin maaf itu sebagai satu jenaka.

13. Bersungguh-sungguh tidak akan melakukan kesalahan lalu.

14. Cuba untuk bertanya orang sekeliling dahulu sebelum menegur OS.

15. Lihat dan faham status terkini OS di FB yang mana mungkin itu adalah untuk anda atau pon rasa, perasaan atau mood OS ketika itu.

16. Tidak terlalu mendesar OS untuk melakukan sesuatu.

17. Cuba bawa OS jalan-jalan tengok wayang atau makan Mcd! Dalam erti kata lain cuba buat dan beri sesuatu yang OS suka.

18. Kesungguhan dalam untuk meminta maaf itu yang OS akan pandang dahulu.

19. Fahami erti dan nilai MAAF itu dahulu sebelum melafazkan.

20. Menjaga hati OS apabila maaf di terima.




Thursday, September 8, 2011

SEPTEMBER Top Friends


SEPTEMBER's Top Friend
s

SEPTEMBER tiba pula. Siapakah yang bakal mengisi ruang-ruang di dalam blog OS nie. Bulan ini temanya adalah Merah!. hehe.. Kali ini OS nak share la sama korang sume member2 OS yang OS salu Chat, Lepak, atau apa2 sahaja bersama mereka. Setiap bulan OS akan update. Jadi siapakah yang akan mengisi ruang2 di Blog OS nie. Dan ini adalah nama pangilan yang OS pangil mereka semua..

Jom kite lihat siapa mereka :)



>nie Adam! Dia baik :)<



>nie Syazlan! Suka kongsi blOg sama dia<



>nie Shwan! Mytwin! Geng beruang<



>Nie abg Es! Abang tiri Oren<



>nie Wanzu! Suka ngimOl2 sama dia!<



>nie Azree! Dia suka menari!<



>nie Chika! Dia baik<

SEMUA adalah terbaik bagi OS.. SEMUA adalah teman OS.. SEMUA adalah OS sayang.. SEMUA teman-teman OS suka berkawan..
"Good Friend Are Forever"
Oren Soda C: