Harapan Dan Impian
Tahun ini genap OS 21 Tahun. 21 adalah satu angka yang besar dan matang jika di dalam sebuah kehidupan itu. Dan inilah peringkat yang paling penting dalam satu jangka umur kerana ketika inilah bermulahnya perjalanan hidup kita kehadapan lagi.
Harapan dan Impian. Semua orang mempunyai harapan dan impian tersendiri. Setiap tahun berganti tahun, silih berganti pasti ada azam yang baru tersendiri semua orang di dunia nie. Apa yang OS harapakan untuk harapan dan impian OS. Jom sama-sama OS kongsikan kepada semua.
Harapan dan Impian OS untuk dalam jangka masa sekarang ini:
1. Mempunyai taraf pendidikan sekurang-kurangnya Ijazah. Dan sekarang OS sudah berjaya untuk memiliki Diploma Pengurusan Pelancongan. Insyallah ada rezeki OS akan sambung kelak.
2. Mendapat kerja yang OS inginkan dan sesuai dengan diri OS.
3. Mempunyai harta/aset sendiri. Contoh seperti kereta, rumah, barang2 elektronik dan macam-macam lagi. Inyallah juga, apabila sudah bekerja kelak, OS akan cuba mencari ini semua.
4. Kesihatan yang baik. OS berharap dan berdoa pada Allah swt. agar kesihatan OS sentiasa baik dan di panjangkan umur. amin.
5. Membawa Mak & Ayah ke Tanah suci Mekah. Ianya pasti impian dari semua anak. Sesiapa sahaja mahukan itu. Insyallah jika OS mampu dan sempat untuk mempunyai rezeki lebih dalam hidup ini. OS akan lakukan.
6. Membuka sebuah restoran yang mempunyai cawangan di Melaka dan KL. Sebuah restoran yang akan menjadi pilihan semua peringkat umur. OS suka restoran yang santai dan relax. Ada live band, wifi, remaja lepak-lepak dan macam-macam lagi. Yang pasti OS mahukan keunikan.
7. Teringin mahu memiliki Iphone! Yee. semua orang mahukan yang terbaik. OS akan kejar apa yang OS mahukan ini. Biarlah dengan rezeki halal dan titik peluk OS sendiri. Kelak nantikan.
8. Seorang "Couple". OS merasakan masa untuk OS bercouple adalah dalam jangka masa sekarang ini. Sebab jika OS sudah sambung berlajar, Maaf, OS tak akan fikirkan cinta bagai nie. OS mahu fokus dalam pembelajaran OS. Yee bukan mudah hal seperti ini. Tapi itu yang OS impikan ( Verangan ) .
9. Melihat semua adik-adik OS berjaya. OS nak semua mereka berjaya dalam hidup at list mempunyai pendidikan Diploma dalam hidup mereka. Haa abang yang garang OS nie.
10. Melupakan segala peristiwa silam dan buka lembaran baru. OS selalu berharap yang OS kan lupakan semua kisah-kisah lalu OS yang pahit dan jadikan ia sebagai pengalaman serta panduan untuk OS teruskan hidup ini.
11. Impian OS adalah OS mahu menjadi seorang yang berjaya dengan kerjaya OS sendiri. Dan mahu semua orang memandang OS dengan apa yang OS miliki. Bukan dasar untuk menunjuk atau bermegah tetapi untuk di jadikan contoh yang baik kepada orang lain. OS mahukan kejayaan dalam hidup dan senang.
12. Membina dan reka sendiri rumah OS. OS mahu reka bentuk sendiri rumah OS. Itu yang OS mahu. OS minat menjadi arkitek dahulu zaman persekolahan sampailah sekarang minat itu masih tebal. Tetapi ada halangan dan kekangan untuk OS lanjutkan pelajaran dalam bidang itu di IPTS. Tak ada rezeki.
13. Bercuti di pulau bersama Lover! Woo macam seronok sahaja dengar. Mustahil benda ini terjadi. Angan-agan sahaja.
14. Mahu seorang kawan baik. Yang mana boleh selalu berdua sama dia. Keluar berjalan sama-sama, lepak, makan, g mana-mana bersama di dalam senang dan susah. Dan ianya hanyalah seorang kawan. OS nak sanagt ada insan macam itu dalam hidup OS. Sebab OS tiada kawan macam itu, Mungkin belum tiba masanya untuk OS merasai apa semua itu.
15. OS mahu tukar imej penampilan OS. Mungkin ianya mengambil masa. Tapi itu yang OS harapkan. OS mahu menjadi sesuatu yang lain dari sekarang ini. Ketahap yang lebih baik lagi.
16. Menjaga hati semua orang yang berada di sekeliling OS. Tiba-tiba teringat kata-kata ini 'Menganbil hati mungkin mudah daripada menjaga hati itu'.
17. Menambah ketinggian OS. Haha! Yee bagaimanakah caranya. Mungkin inilah sahaja tahap ketinggian OS untuk masa sekarang dan mungkin tetap. Apa-apa pon OS bersyukur.
18. Berharap selepas Raya tahun ini OS sudah mempunyai pekerjaan yang baik. amin.
19. Menjadi seorang yang ceria sahaja. OS berharap Tuhan masih lagi memberikan kepada OS rasa itu.
20. Akhir sekali. OS impikan apa yang OS mimpikan adalah akan menjadi kenyataan. OS nie kuat berangan no 1! Insyallah. OS akan cuba dapatkan apa yang OS harapakan selama ini. Amin.
-Kite manusia biasa yang di sisiNya dan hanya mampu merancang semuanya. Berdoa kepada yang Esa semoga apa yang di harapkan dan di impikan menjadi kenyataan kelak-
- Oren Soda -
0 comments:
Post a Comment