BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome

Friday, July 8, 2011

Al-Fatihah

Perginya seorang sahabat



Tanggal 8 Julai 2011, OS di kejutkan dengan satu berita yang amat2 menyedihakan OS malahan semua orang. Perginya seorang teman baik OS iaitu Allahyarham Firdaus Bin Mat Isa.

Petang itu, OS di beritahu oleh wan dan agak terkejut apabila mendengarnya. Siapalah kita nak melawan takdir yang telah di tetapkan oleh yang Maha berkuasa itu.

OS sempat pergi melawat bersama dengan lan semasa majlis pengbumian di jalankan malam itu selepas solat isyak di Masjid Tangga Batu. Suasana pilu menyelubungi kawasan masjid dan tanah perkuburan malam itu. OS sempat untuk menatap wajah terakhirnya sebelum jenazah di semadikan. Firdaus sangat2 baik dengan OS dan juga kawan2 yang lain. Banyak juga kenangan OS bersama dengan dia. Sebab OS selalu juga keluar lepak2 sama dia. Betul2 rasa kehilangan seorang sahabat. Kami ke KL bersama naik kereta berdua. Sangat2 seronok masa tu keluar sama dia.

Terlalu banyak kenangan bersama denganya di KL dan Melaka. Daus, kenapa ko pergi terlalu cepat? ye.. Allah lebih sayang kan awak. Kami semua redha sahaja dengan ketentuanNya.

Daus selalu ngadu kat FB dia sakit, demam.. dan OS selalu juga balas status2 dia, IM sama dia. Seperti biasa sahaja la perbualan kami. OS terkilan sedikit xdapat jumpa dia semasa dia ada.

OS tahu dia sakit, tapi xjangka seteruk ini. OS redha dengan semua ini. Tersentuh hati OS melihat Ibu kepada Daus, sangat2 nampak tidak boleh terima pemergiaan anaknya. OS faham perasaan itu. Inilak kawan2.

OS di sini mahu kongsi sedikit kenangan OS bersama dengan Dia dan kawan2 lain. Sebagai tanda penghargaan dan takziah OS kepada keluarga Daus dan semua. OS mohon sama2 kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham Firdaus Bin Mat Isa. Semoga di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin.



Kenangan bersama di KLCC crismas 2010



Al-Fatihah
Allahyarham Firdaus Bin Mat Isa

Malam OS yang sangat2 sedih. OS nie xboleh kalau bab2 mcm nie. Pasti sedih n teringat2 semua kenangan. Di tambah pula orang yang kita rapat dan berkawan bersama. Sekian daripada OS.
ASLM. :'(


- Oren Soda -




10 comments:

Anonymous said...

chill ~

Oren Soda said...

TQ

quesyuqk ismail said...

OS - daus ni ade fren ngn syuqk kat FB , die slalu tegur syuqk tp syuqk x layan sgt.. terkejut gak bile tgk gmbar die ni baru syuqk ingat yg die penah tegur syuqk kat fb ..
al-fatihah syuqk sedekahkan kpd arwah..

Oren Soda said...

QUE: yeker syuk.. ermm sama2 kite sedekah kn al fatiha pd dia.. OK :')

Ungu Violet said...

saya amat2lah sedih dan terkilan sebab tak dapat jumpa cik firdaus..even cik tengah sakit pun, warded,napetak bagitau kami bertiga..amat2 lagi terkilan,kitorang bertiga pergi melaka lepas dapat tahu jenazah cik akan dibawa ke melaka..kami pergi cik,drive kete semata2 nak tengok cik kali terakhir..tapi sayang,tetap tak sempat..sedihnya sampai ke hari ni cik...tak tau bila akan surut perasaan ni..

Oren Soda said...

UNGU VIOLET: student UNIKL ke? oo.. sabar la ungu eh.. ketentuan Allah swt

Red Zone said...

Zul walaupun dapat hang out sekali je dgn arwah masa kat templer park dengan mikey dan geng2 haritu, tetap merasakan kesedihan yang dirasakan kawan2 rapatnya... Teringat zul masa daki bukit ke air terjun, zul bantu papah dia yang keletihan....

Oren Soda said...

ZUL: yeker.. xpe.. myb 2 la kenangan yg awak dpt rasa sama2 dia. at lis awak da kenagan bersama dgn dia.. erm. nk wt mcm ner knz...siapa la kite..nk mlwan takdir Allah swt. al fatihah

seri orked said...

doakan arwah....rajin2 sedekhakan ye alfatihah..org baik...Allah selalu ambil awal...

:) kia meredhakan ok..ingtla kebaikan yang arwah dah pernah buat untuk kita.....

Oren Soda said...

ORKED: :) sama2 kite ye.. amin