BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome

Thursday, July 14, 2011

APA yang OS rasa 14 July 2011



RASA Oren Soda




Julai kembali lagi. Jika setahun lalu julai la merupakan bulan yang paling bahagia buat OS. Bulan kedua OS bercouple ketika itu, sungguh bahagia dan seronok sangat2. Normal la pada awalnya misti la manis dan gembira.. tnggu 3 4 bulan akan datang pahit sahaja semuanya! haha.. normal kehidupan macam nie. Terima sahaja. Sementara happy itu ingat la semua kenangan bersama. Walaupon amat perit nak terima ketika itu. OS dapat sokongan kawan2. OS hargai sangat2 kawan2 ketika itu. Tiba2 perasaan yang dulu itu kembali dalam diri OS!

Siapalah orang yang OS suka pulak nie. Siapa yang sudah membuka hati kecil OS nie? Memang kuat berangan la OS nie. haha. Inilah Oren Soda, berangan no 1! Tak pela OS hanya berkongsi apa yang OS rasakan sahaja kali ini. Yee, sudah lama juga OS melihat dirinya dan sudah lama juga OS nampak kewujudan DIA, cume kepastian itu sahaja membataskan OS untuk berbuat demikian yang lebih. Tetapi apabila ianya hadir dan wujud barulah OS merasa apa yang OS penah rasa dahulu. Setiap kali misti OS menunggu2 kehadiran dia, OS akan melihat apa yang dia lakukan, perhatikan sikapnya, gayanya, perlakuaanya, bahasanya dan segala macam. Yee mungkin terlalu awal OS menilai orang lain. OS perlukan masa yang lebih lagi untuk mengenali dirinya itu.

Cinta sememangnya bukan milik OS. OS tahu dan terimanya seadanya. Biarlah OS bagi rasa cinta OS nie kepada yang Maha pencipta dan kepada keluarga OS serta rakan-rakan OS sahaja. OS xlayak untuk memberikan kepada orang. Dia comel, baik dan elok bahasanya. OS macam sudah jatuh hati pada dia pula. Hahaha.. Tak tau la perasaan ini. OS xsalahkan sesiapa. tapi ini normal la perasaan pada setiap manusia. Semua manusia mempunyai perasaan sayang, cinta, di sayangi, dan macam2 lagi la.

Fuck Love! Sampai ke tahap begitu permikiran OS selepas di kecewakan beberapa kali di dalam alam percintaan ini. Agak berat dan amat2 sakit sekali apa yang OS tempuhi sebelum nie. Bagaikan jatuh dari kondo tingkat 17 sampai ke bawah. Jatuh pula termasuk di dalam swimng pool! OS pula xpandai berenang. Haa.. sudah jatuh lemas pulak itu. Ibarat macam itu la. Nie da masuk topic lain pulak nie, haha.. OS berharap yang OS akan berkawan sama dia untuk selama-lamanya. OS tahu, apa yang OS pilih nie adalah pilihan OS sendiri. Jadi OS xpernah salahkan sesiapa. OS salahkan diri sendiri kerana diri sendiri yang pilih untuk ke jalan ini. Redha dan terima seadanya.

Pengalaman dahulu adalah panduan dan pegangan OS sehingga sekarang. Banyak yang mengajar OS erti sebuah kehidupan. Ini semua mematangkan OS. Walaupon pahit yang banyak di lalui tetapi OS tetap bangun walupon ada ketikanya OS down dan putus asa sangat2. Tapi itulah, seperti nama blog OS nie.. Sebuah episod kehidupan suka dan duka. OS akan berkongsi segala apa yang OS rasa bersama. Biar di suatu masa nanti, OS sudah tiada lagi orang akan ingat OS dengan sesuatu yang baik bukanya dengan sesuatu yang nagatif. Tapi OS xnk semua sedih jika itu yang berlaku kepada OS.

DIA hadir tanpa di duga. OS cuba untuk kawal perasaan OS nie. Ada kalanya OS cuba untuk berbuat sombong untuk mengelakan OS terus bersama dengan dia. Tapi perasaan OS nie. Pelik la. OS xnak bagi apa2 harapan dan mengharap. Kelak ianya akan sakit dan terkena kepada OS sendiri. OS berdoa yang dia pon suka berkawan sama OS dan apa yang penting biarlah ianya iklas walaupon xsempurna.

Panjang pulak OS bebel kali ini. Mungkin lama xcoret di blog ini. Apa2 pon, entry ini OS tujukan khas untuk dia agar dia tahu sedikit sebanyak perasaan OS. Dan OS harap janganlah salah faham apa yang OS tulis nie. OS xd tujukan pada sesiapa pon. Ianya hanyalah perasaan OS yang apa OS rasakan. OK semua. senyum selalu dan OS sayang semua!




> C I N T A <

Apa yang ada pada cinta ini? Suatu perasaan, harapan dan impian.
TERUS mlangkah khadapan.. mncari ssuatu yang sume org inginkan dlm hdup ini.. sesuatu prasaan dan harapan yg mgkin akan mbuatkn diri gembira dan sedih bsamanya.. merasa diri dhargai srta dsayangi.. kpastiaan yg mgkin kadang2 sakit utk di laluinya.. TAPI itulah apa yang tlh dipilih dlm hidup ini.. jgn salahkn org lain kerana diri sndiri yg pilih utk itu.. dan Maaf adalah penamat di hjng cerita.. Terima Kasih - OS =')
- Oren Soda -

Tuesday, July 12, 2011

JULY Top Friends

JULY's Top Friends

JULAI tiba pula. Siapakah yang bakal mengisi ruang-ruang di dalam blog OS nie. Bulan ini temanya adalah Unggu. hehe.. Kali ini OS nak share la sama korang sume member2 OS yang OS salu Chat, Lepak, atau apa2 sahaja bersama mereka. Setiap bulan OS akan update. Jadi siapakah yang akan mengisi ruang2 di Blog OS nie. Dan ini adalah nama pangilan yang OS pangil mereka semua..
Jom kite lihat siapa mereka :)


>> Lan <<
- Macam abang sendiri sudah -



>> Embun <<
- Baik dan selalu berkongsi masalah oren samanya -



>> Syuk <<
- Suka ketawa kejenya -



>> Wan <<
- Seorang kawan yang baik dan sopan bahasanya
-


>> Leng <<
- Selalu melayan kerenah dan ngomel oren yang kuat berangan -


>> Khai <<
- Seorang abang yang baik -



>> Fatt <<
- Kawan yang baik di Facebook -



SEMUA adalah terbaik bagi OS.. SEMUA adalah teman OS.. SEMUA adalah OS sayang.. SEMUA teman-teman OS suka berkawan..
"Good Friend Are Forever"
Oren Soda C:



- Oren Soda -

Sunday, July 10, 2011

Coming Soon!

NANTIKAN
" JULY's TOP FRIENDs "
OREN SODA DI BLOG OS INI.

Wajah siapakah yang bakal mengisi
ruang di Blog OS ini.
Akan datang :)



- Oren Soda -

Friday, July 8, 2011

Al-Fatihah

Perginya seorang sahabat



Tanggal 8 Julai 2011, OS di kejutkan dengan satu berita yang amat2 menyedihakan OS malahan semua orang. Perginya seorang teman baik OS iaitu Allahyarham Firdaus Bin Mat Isa.

Petang itu, OS di beritahu oleh wan dan agak terkejut apabila mendengarnya. Siapalah kita nak melawan takdir yang telah di tetapkan oleh yang Maha berkuasa itu.

OS sempat pergi melawat bersama dengan lan semasa majlis pengbumian di jalankan malam itu selepas solat isyak di Masjid Tangga Batu. Suasana pilu menyelubungi kawasan masjid dan tanah perkuburan malam itu. OS sempat untuk menatap wajah terakhirnya sebelum jenazah di semadikan. Firdaus sangat2 baik dengan OS dan juga kawan2 yang lain. Banyak juga kenangan OS bersama dengan dia. Sebab OS selalu juga keluar lepak2 sama dia. Betul2 rasa kehilangan seorang sahabat. Kami ke KL bersama naik kereta berdua. Sangat2 seronok masa tu keluar sama dia.

Terlalu banyak kenangan bersama denganya di KL dan Melaka. Daus, kenapa ko pergi terlalu cepat? ye.. Allah lebih sayang kan awak. Kami semua redha sahaja dengan ketentuanNya.

Daus selalu ngadu kat FB dia sakit, demam.. dan OS selalu juga balas status2 dia, IM sama dia. Seperti biasa sahaja la perbualan kami. OS terkilan sedikit xdapat jumpa dia semasa dia ada.

OS tahu dia sakit, tapi xjangka seteruk ini. OS redha dengan semua ini. Tersentuh hati OS melihat Ibu kepada Daus, sangat2 nampak tidak boleh terima pemergiaan anaknya. OS faham perasaan itu. Inilak kawan2.

OS di sini mahu kongsi sedikit kenangan OS bersama dengan Dia dan kawan2 lain. Sebagai tanda penghargaan dan takziah OS kepada keluarga Daus dan semua. OS mohon sama2 kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham Firdaus Bin Mat Isa. Semoga di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin.



Kenangan bersama di KLCC crismas 2010



Al-Fatihah
Allahyarham Firdaus Bin Mat Isa

Malam OS yang sangat2 sedih. OS nie xboleh kalau bab2 mcm nie. Pasti sedih n teringat2 semua kenangan. Di tambah pula orang yang kita rapat dan berkawan bersama. Sekian daripada OS.
ASLM. :'(


- Oren Soda -




Kenyataan OS

PERHATIAN!


Oren Soda hanya ada 2 sahaja laman sosial Facebook iaitu Facebook: Oren Soda dan Fan Page: Oren Soda Official.
dan di dalam Facebook OS itu, OS telah private kan semua benda di dalamnya seperti wall, picture dan friends kepada semua orang. Bukan di private kan untuk sesetengah orang tetapi SEMUA orang. Dan hanya terdapat satu gambar OS sahaja iaitu di dalam album 'Orange'. Itu adalah OS yang original.

So, OS harap tiada mana-mana pihak yang buat kenyataan OS private kan Facebook OS pada sesetengah pihak sahaja. TIDAK jawapanya. OS private kan kepada semua. Bagi masa untuk OS tenangkan fikiran dan slow cikit terhadap Facebook nie. Facebook nie terlalu banyak kenangan bersama kawan-kawan OS. OS harap jangan la ada apa2 tanggapan pada OS eh.

Satu perkara yang terjadi pada OS tentang Facebook nie, Facebook OS ada prblm cikit. Kalau anda antr IM, inbox atau apa2 notification kadang2 OS xterima dan xperasan. Jadi OS minx maaf kalau OS xblas atau xperasan apa yang anda hantar. MAAF. Siapa nak ADD OS pon xboleh lagi da. So, poke or inbox la OS ok. OS akan bagi respond.

MAAFkan OS kalau FB oren nie membuatkan anda semua tertanya2. FB OSalami prblm. OS xtau nk wat apa lagi. OS MINTAK MAAF SEMUA.

OS lakukan semua ini bukan sebab apa2. Itu adalah kehendak OS sendiri. Dan OS tetap ada dalam Facebook nie ok. Kite semua tetap kawan ok. Ok terima kasih :)



- Oren Soda -


Wednesday, July 6, 2011

Sorry

I M S O R R Y




See You Again :')

- Oren Soda -

Tuesday, July 5, 2011

Sterss



Errmm..
OS xtau kenapa semakin hari semakin macam-macam OS fikirkan!
Apa OS nie. Kenapa nie.
OS pon xtau kenapa.

Mood rasa macam nak g masuk club n menari sepuas-puas hati.

Buka lagu kuat dan dengar!
xnak fikir apa2 sekarang!


Tak lama lagi OS nak konvo da. Seumur hidup nie dapat konvo.

Harap OS dapat la merasa seperti orang lain rasakan.

Sebelum nie lihat jek seronok kawan2 konvo dan dapat keputusan yang baik.


AARRrrrrhhhh..
tension kadang2 dengan masalah lain yang OS hadapi.

Tapi tetap dengan senyuman OS xmahu tunujkan.

Blog ini sahaja la tempat OS luahkan perasaan OS setelah FB OS quite sebentar.


Biarlah orang xkenal siapa kita.
Bukan masanya sekarang untuk publishkan diri lagi.

Masa untuk relax n sepikan diri.
Mungkin bulan puasa nanti OS kembali meriahkan FB nie.


Ok. apa pon terus senyum ok! :')