Tiada kata seindah keikhlasan
"Sampai bila awak nak sayang saya?"
.....sampai matahari itu jadi warna pink!!
TUHAN.. aku berharap suatu hari nanti aku dapat dan ketemu pintu kebahagian yang mana kunci itu hanyala ada pada orang yang sejujurnya dan seikhlasnya dengan aku. Hati memng sukar untuk di pandang. Tapi ia dapat di rasa dengan sesuatu perbuatan ataupon ungkapan yang lahir dari hati yang murni.
Setiap manusia ada hati dan perasaan. Tapi bila perasaan itu di permainkan apalah rasanya pencipta yang mencipta rasa itu. Walaupon tidak menghargai orang itu tapi cubalah menghargai sedikit anugerah yang telah Tuhan berikan kepada setiap manusia itu iaitu perasaan sayang. Bersyukur dan hargai selagi mampu dan selagi ada di depan mata kita.
Untuk sukakan seseorang itu memang muda. Untuk sayangkanya juga amat mudah. Dan untuk mencintainya pon cukup mudah hanya dengan lafaz. Tapi bagaimana untuk membalasnya dengan hati yang ikhlas. Dan jika semua yang berlaku ini adalah seikhlas dan semurni hati, Inysallah ia akan menjadi apa yang di namakan cinta. Cinta itu tanggungjawab. Tanggungjawab bersama yang mana tak semua orang pasti akan memiliki satu rasa yang sama iaitu persafahaman dan keterimaan dalam satu perhubungan itu.
Semua orang layak untuk merasai apa itu cinta, memiliki apa itu cinta. Tapi perlukah kita merampas cinta orang lain? Cinta itu telah di tetapkan. Jika benar kita denganya maka tertulislah itu jodoh kita. Jika tiada anggaplah kita buka mengalah tapi kita cukup kuat untuk lepaskan apa yang kita rasakan itu. Cinta itu bisa membuatkan manusia buta tentang apa itu hidup!
Ayat-ayat cinta, kata-kata manis, janji-janji setia, lafaz dan ungkapan sayang mungkin hanyalah penghias sementara cinta yang ada jika ianya tidak benar ikhlas. Apa yang ku rasakan ini mungkin tidak sama dengan apa yang dirasakan oleh orang lain. Aku hanya ingin dia tahu yang aku benar sangta mencintai dirinya. Salahkah aku untuk mencintai dirinya? Kenapa susah sangat untuk aku terima kenyataan jika dia bukanlah untuk aku. Aku lelah tentang cinta!
Dan segala apa yang telah ku tuliskan ini moga menjadi sebahagian daripada episod suka duka hidup ku ini. Tak semua hidup ini berakhir dengan semua yang kita mahukan.Tak semua juga hidup ini di aturkan untuk kehidupan sebenar. Ada yang tersurat di sebaliknya. Yang mana mungkin kita seorang saja yang tahu betapa periknya hidup begini.
Buka mata, buka hati, fikir siapalah aku di hati mu atau aku ini hanya sekadar untuk di permainkan oleh kebodohan cinta.
OrenSoda
25 nov 2012 7:00 PM