BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome

Friday, August 19, 2011

Perasaan OS Ogos


peRASAan OREN Soda!



HELLO semua teman-teman OS! Apa kabar korang semua? Harap semuanya adalah sihat-sihat belaka. Alhamdulillah 20 Ramadhan sudah kita berpuasa hari ni. Pagi ini OS rasa seperti mahu menulis sesuatu apa yang OS rasa sekarang. Biaslah entry 'Rasa Oren Soda' akan berada pada setiap bulan. Jika bulan lepas OS bercerita mengenai hari bermakna dalam hidup OS iaitu Hari Konvo OS. Selesai sudah semua dan itulah hasilnya selama 3 tahun menuntut ilmu. Bersyukur sangat-sangat. Ok OS mahu berkongsi sedikit apa yang OS rasa sekarang.

Julai dan Ogos sangat-sangat mencabar juga bagi OS setelah tamat pengajiaan dan bermulalah sebuah kehidupan selepas pengajian dan berbeza semuanya aktiviti OS selepas itu. Jika dahulu hidup di kelilingi oleh tugasan, kawan-kawan, lec, kolej dan kehidupan seorang pelajar bergelar mahasiswa di kolej. Ye sememangnya seronok di alam berlajar. OS sekarang terasa rindu sangat-sangat nak berlajar semula. Tapi sekarang adalah masa OS untuk berada di alam pekerjaan pula. Insyallah ada rezeki OS akan kerja dengan sungguh-sungguh.

Perasaan OS sekarang tak tahu la nak kata. Macam-macam OS rasa dan alami sekarang. Sedih, gembira, kecewa, dan macam-macam la. Indah sungguh ciptaan dan kesempurnaan yang Allah swt bari kepada kita semua. Satu perasaan yang berbagai-bagai kita dapat alami dan rasainya. Lainlah kalau orang yang tidak berperasaan juga sebenarnya mempunyai perasaan iaitu orang yang tidak berperasaan. Tapi kalau jadi orang yang sebegitu untunglah sebab tak perlu nak fikir tentang cinta? Hahaha nak sangat jadi orang yang tak ada perasaan. Tapi perasaan nak makan itu kena adalah! huhu..

Puasa? Haa.. macam mana puasa korang semua. OS agak pelik sedikit. Ramai yang dok bertanye kat OS di Facebook. OS tahu itu gurauan. Bertanya pada OS berpuasa tak hari ni. Dan satu sahaja jawapan dan jawapan yang sama OS akan jawab: "Puasa Wajib" itu sahaja. Puasa yang sangat-sangat menguji kesabaran semua manusia di muka bumi Allah swt ini. Semoga semua mendapat keberkataan dariNya. Terawih jangan lupa lakukan Ok semua. Hanya habiskan masa berterawih selama lebih kurang 1 jam 30 minit sahaja di rumah Allah swt. Setahun sekali sahaja. 1 jam 30 minit jika di kira setiap malam berapa jam dan minit yang telah kita habiskan masa di rumah Allah swr masjid itu. Daripada kita berONline Facebook 24 jam. Fikir dan renungkan ok OS berkata bukanlah OS sempurna tetapi sebagai tanggungjawab sesama Islam. Manusia semuanya sama sahaja yang membezakanya adalah keimanan dan ketakwaan.

Nak raya ni macam-macam yang OS fikirkan. Ye mungkin apa yang korang lihat OS dalam Facebook ceria jek. Kadang-kadang ada juga masanya sedih dan tak ada mood. OS fikir macam-macam yang OS tak tahulah apakah itu? Raya nie pas OS teringat semua orang-orang yang telah pergi meninggalkan kita semua. Tahun ini ada kenalan rapat OS yang telah pergi berjumpa pencipta yang sangat maha berkuasa. Sepupu OS telah pergi meninggalkan kami semua bersedara akibat kemalangan yang sangat teruk untuk di ingati dan seorang rakan baik OS sendiri Allayrham Firdaus Md Isa. Al-fatihah. OS sayang semua mereka ni. Dan bila seseorang itu sudah pergi barulah kita nie nak ingt kembali semua memory bersama. OS rindukan kawan OS tu Firdaus. Selalu bergurau-gurau sama dia. BerFacebook, lepak jalan-jalan, tengok wayang bersama, makan mcd, windo shoping, lepak KL dan macam-macaam kenangan bersamanya. :'(

Amat berat fikiran OS untuk memikirkan cinta dalam hidup ni. Maaf OS sudah selesa dalam keadaan begini dengan bersama dengan kawan-kawan semua bersama OS. Semalam OS tergerak hati nak lihat apalah kabar ExLover OS yang berkenangan bersama denganya setahun lalu genap bulan 7 2010 lepas kami bersama. OS da buang dia dalam hidup OS dan block semuanya daripada OS. OS buka guna Facebook lain untuk melihat apalah kabar dia. Dan agak terkejut OS bila baca status dia. "Single?" OMG! OS tergelak sebentar dan OS berkata itulah balasan dunia ko. Dan jika dahulu dia mula bercouple OS hanya mampu tersenyum melihat dia bersama penganti baru yang tak sampai sebulan kami berpisah dia sudah mendapat penganti baru. Dan OS hanya mampu berkata pada diri OS tidak mengapa lihat sejauh mana mereka boleh bertahan dan bolehkah lover barunya menjadi seperti apa yang OS jadi dan lakukan bersama denganya dahulu. Pasti tidak akan ada sesiapa sanggup dan boleh lakukan! OS bersumpah! Tidak mengapalah itu semua cerita lalu dna OS tetap tidak akan berkawan dengan dia lagi sampai bila-bila sebab OS dah buang dia dalam hidup OS selama-lamanya. Maaf mudah lafazkan tapi faham atau tidak apa itu maaf?

OK sekarang OS agak pening dan konfius sama perasaan OS. Turun naik perasaan OS nie. Kejap down giler kejap happy. Ya Allah berikanlah aku kekuatanmu untuk harungi semua ini. Harap OS kuat untuk harungi semua ini. Dan OS perlukan sokongan daripada semua. OS sayang semua kawan-kawan OS sebab kalau OS bersedih dan gembira akan bersama dengan mereka semua. OS sayang kawan-kawan OS! Biarlah di hati ini cukup sekadar kawan-kawan semua kerana ianya sudah cukup untuk membuatkan OS dapat merasa kasih sayang dan berteman! OK guys. Apa yang OS rasa OS berkongsi. Sebab inilah cerita sebuah episod kehidupan suka dan duka Oren Soda!

-Oren Soda-

1 comments:

Anonymous said...

KEHIDUPAN perlu juga diteruskann ~ senyum saja ~ ~ ~

-Encik Apek-